Header Ads

SEGAR TERUS DARI LADANG

SEGAR TERUS DARI LADANGبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Konsep sekarang keperluan dalam keperluan. Kita ada keperluan orang lain pun ada keperluan juga. Ada masa kita sangat banyak peluang untuk membuat pilihan dan adakala kita tidak ada peluang yang banyak untuk buat pilihan juga. Harga bahan mentah dan barang makanan juga naik. Semakin mahal. Mungkin bagi orang yang ada-ada tidak menjadi masalah jauh sekali menjadi keluhankan. Namun tidak bagi orang yang sekadar berkecukupan sahaja. Apatah lagi kalau ramai yang perlu ditanggung juga. Sama-samalah kita membantu dan 'saling'. 

Group whatsapp yang memang sentiasa rancak. Aktif tak kira masa. Lepas satu. Satu lagi. Eh ada lagi. Yang itu. Yang ini. Waaa sangat meriah. PC suka dan sentiasa doakan mereka terus dimudahkan urusan dan dilimpahkan rezekinya. Aamiin. Masing-masing mempromosikan dan berjualan. Boleh je. Tak jadi masalah pun la. Bagus sangat-sangat. Nak membeli pun mudah. Hantar sampai depan pagar rumah. 

Dalam keadaan sekarang bukan tidak mahu dan tidak suka keluar rumah, siapa yang tidak mahu ke sana ke sini. Tapi keadaan belum sangat mengizinkan ya. Walaupun dah lengkap dua dos vaksin Covid-19. Walaupun dah cukup tempoh matang dua minggu setelah terima vaksin kedua. Sekarang ada kawasan berhampiran kediaman PC berstatus PKPD. Pulaknya tempat selalu kami belanja keperluan harian baik itu barang basah dan kering. Harus membeli di kedai runcit la nampaknya sementara waktu. 

'Sayang ada kawan abang jual sayur ni, dia COD'. Segar terus dari ladang. Fuh memang padu. Pucuk dicita ulm pun mendatang. Yabedabedu. Kita perlu kperluan untuk memasak. Sayuran dan sebagainya. Dalam masa yang sama orang lain perlukan pendapatan juga untuk meneruskan hidup. Ok, kita buat pesanan. Kita beli. Kita memang perlu, dia pun perlu dan kita sokong. 

Segar terus dari ladang. malam order awal pagi pin.. pin.. pin alhamdulillah sampai depan rumah. Syukur. Syukur sangat-sangat. 

SEGAR TERUS DARI LADANG
Kacang panjang

Lama tak makan kacang panjang segar, PC mintak encik suami beli tempe hah apa lagi terus masak asam rebut kacang panjang campur tempe. Fuh pada tekak dan citarasa sendiri sedaplah.

SEGAR TERUS DARI LADANG
Kacang botol atau Kecipir

Kacang botol atau selalu PC panggil kecipir ni dah selamat dimakan. Buat ulam. masih ada berbaki sedikit lagi. Sedap jugakan kalau buat urap.

SEGAR TERUS DARI LADANG
Terong

Encik suami kata dah lama tak makan terong masak sambal maka PC masak la sambal terong. Ada juga baki dua biji. Ingat nak masak kari letak terong. 

SEGAR TERUS DARI LADANG
Lada basah besar merah

Lada basah besar merah ni belum di gunakan lagi untuk memasak. Masih ada tu ha dalam peti ais. Menarik ni buat sambal belacan atau sambal tumbuk gabung dengan cili yang pedas tu. 

Alhamdulillah puas hati. Rangup, manis kacang panjang, kecipir dan terongnya. Setiap jenis kami beli setengah kilo je. Tak sampai pun dua puluh ringgit. In sya Allah nanti dah habis boleh beli sayuran yang lain pulak. Ulang order gitu. kita beli rasa puas hati dan bahagia apatah lagi orang uang menjualnya tentu gembira juga. Mudah-mudahan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
SEGAR TERUS DARI LADANG


logoblog

11 ulasan:

  1. terasa sehat makanan segar dr ladang. Gebu2 semua.. :)

    BalasPadam
  2. Wow...bestnya...semua segar dari ladang laaa....

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, kita beli ikut keperluan disamping membantu mereka yang memerlukan dan sedang mencari rezeki .. Moga terus kuat di musim pandemik ni... Segor segor nampak sayurannyaaa ehh

    BalasPadam
  4. kacang sireh tu favorite busyraaaa.. sedapnya buat ulam. lama dh x mkn

    BalasPadam
  5. bagus pc makan sayuran n ulaman

    BalasPadam
  6. Geramnya tengok sayuran segar dari ladang! Lagi-lagi kacang panjang dan kacang botol tu.

    BalasPadam
  7. Memang betul betul segar dari ladang ni, bagus makan sayur-sayurannn :)

    BalasPadam
  8. bestnya ni. i pun suka ke area Kebun Komuniti. dpt fresh dr ladang gak. tapi pegi waktu org tak ramai. mmg masih cuak2 lagi kita kan. esp bile usia dah senja2 ni.

    BalasPadam
  9. Seronoknya dapat sayuran segar dari ladang. kita pun jadi segar terus nak memasak. Masakan pun extra sedap dapat yang fresh.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..