Header Ads

Simpatilah Dengan Diri Sendiri Dan Dengan Orang Lain Juga

SIMPATILAH DENGAN DIRI SENDIRI DAN DENGAN ORANG LAIN JUGAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Manusia ni ada macam-macam perangai. Susah nak dijangka. PC sendiri pun ada perangai yang kadang susah dijangka. Boleh berubah bila-bila masa. Itulah kita manusia. Jangan berasa pelik. Membezakan satu dengan yang lain adalah bagaimana melakukan sesuatu itu berdasarkan logik akal dan garis panduan syariat serta iman seseorang sahaja. Bijak atau tidak bijak. Wajar atau tidak wajar.

SIMPATI : Perasaan belas kasihan, timbang rasa

Semua orang boleh buat kebaikkan dan kebajikkan untuk mendapatkan ganjaran kebaikkan daripada Allah swt. Ada banyak cara tinggal pilih sahaja nak yang seperti apa. Silakan. Memang hakikat, bila kita buat suatu kebaikkan mengharapkan balasan kebaikkan daripada Allah swt. Sebab itulah niatkan kerana Allah swt. 

Buat baik, salah sasaran boleh jadi masalah. Masalah yang kita timbulkan sehingga tercetusnya ketidakselesaan orang lain hujungnya menjadi masalah kepada kita. Bila kita mencetuskan satu isu kemudian isu itu tular ke mana-mana, itu bukan satu alasan atau kunci untuk meraih sebanyak-banyaknya pahala. Tidak semudah itu kita boleh ambil pahala orang dan tidak mudah juga orang ambil dosa-dosa kita. Tengok juga siapa yang menjadi punca. Takutnya kita seronok harapkan pahala orang menjadi pahala kita, eh rupa-rupanya dosa kita yang menggunug. Bahaya jugakan.

Simpatilah dengan diri sendiri dan dengan orang lain juga. Sama-samalah saling membantu tidak mencemarkan kebaikkan yang telah tercatat. Cuma hati kita yang Allah swt pandang dan nilai. Kita boleh buat sesuatu sesuka hati. Itu pilihan. Orang juga boleh berlisan sesuaka itu yang itu juga pilihan. Buatlah sebaik-baik pilihan supaya sama-sama memperolehi kebaikkan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Simpatilah Dengan Diri Sendiri Dan Dengan Orang Lain Juga

logoblog

7 ulasan:

  1. Jangan la mencampakkan diri ke lembah kebinasaan. Dan hidup ini jgn menyusahkan org lain. Dok gitu?

    BalasPadam
  2. tulah.. kalau dah si polan tu yang jadi punca kita dok mengata dia sebab geram, takkan pahala dia pulak bertambah macam tak logik pula kan..

    BalasPadam
  3. betul PC, utamakan perasaan sendiri itu kadang-kala perlu

    BalasPadam
  4. Buat baik berpada pada juga jangan sampai memakan diri. Buat jahat jangan sekali kali.

    BalasPadam
  5. selalaulah simpati dan empati...

    BalasPadam
  6. Sikap sebegini kita perlu dalam bermasyarakat apatah lagi dalam keluarga

    BalasPadam
  7. sometimes bukan sbb kita selfish tp terkadang ada masa dan situasi kita prlukan utamakan diri sendiri jgk..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..