Header Ads

JANGAN BIARKAN MUSNAH KERANA AKHLAK

JANGAN BIARKAN MUSNAH KERANA AKHLAKبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم .Assalammualaikum wbt. Budi pekerti. Kelakuan. Tabiat. Inilah yang dimaksudkan dengan akhlak. Bagaiamana ianya terbentuk?. PC selalu percaya ianya bermula daripada rumah dengan melihat apa yang dilakukan oleh ibu bapanya. Apa yang diajar oleh ibu bapanya. Ibu bapa contoh dan guru pertama untuk anak-anak. Kemudian guru-guru di sekolah dan kawan-kawan yang dipilih untuk didampingi dan selalu mendampingi bila di luar penglihatan ibu bapa dan keluarga. Boleh bertambah baik dan boleh berubah serta tidak mustahil boleh menjadi bertambah kurang baik. Jangan terus tuding jari pada orang lain sebaliknya nah kau tengok diri sendiri dan tunjuk pada diri sendiri dulu.

Penting sangat ke bab akhlak ni. Jaga akhlak. Perbaiki akhlak. Bagi PC sangat penting. PC pun tidak baik sangat kerana PC sendiri pun sedang berusaha menjadi manusia yang lebih baik setiap hari. 'Aku tak suka tengok perangai dia macam ni'. Bererti kalau aku buat mesti orang pun meluat dengan aku juga. Ha macam tu cara PC fikir dan tegur diri sendiri. Baik akhlak atau kurang akhlak kadang ada banyak faktor. Banyak sangat. Segenap sudut kena ambil kira dan jangan dikecualikan. 

Kan ada akal dan ilmu boleh berfikir dan membuat pilihan serta pertimbangan. betul juga tapi jangan pernah lupa manusia ada nafsu yang tidak baik sukar dikawal juga. Nah, justeru itu hati-hati menilai dan membuat kesimpulan. Cari mana puncanya. Mana boleh perbaiki berubahlah ya.

Berubahlah, jangan biarkan musnah kerana akhlak. Kau jaga diri kau. Aku jaga diri aku. Eh, tidak juga. Tak boleh juga macam tu. Mahu tidak mahu akan ada yang sentiasa dikaitkan dan saling berkait. Ada bin ada binti. Ada susur galur keturunan dan kaum kerabat. Kalau yang baik, saudara jauh dan bau-bau ketiak masam pun kadang tumpang sekelengkeng nama begitu jugalah kalau perkara tidak baik yang tidak berakhlak, nanti saudara mara entah dari celah mana pun dikorek juga dan dapat busuknya.

JANGAN BIARKAN MUSNAH KERANA AKHLAK

Sedihnya bila orang buat kesimpulan. Macam ni, 'muka cantik, pandai tapi kurang berakhlak'. Kesian orang yang cantik, pandai tapi berakhlak mulia. Tak adillah bagi mereka kerana dihakimi. Mungkin yang begitu ada, cantik dan pandai tapi kurang berakhlak cuma segelintir sahajakan. Allahu. Nampak tak. 'Suka sedekah, bantu orang, baik tapi kuat mencarut'. Hah. Setiap apa kebaikkan yang kita buat kalau tidak dihiasi dengan akhlak yang baik ianya akan luntur. Air bersih campur lumpur jadi keruh. Macam tulah. 'Anak siapalah tu perangai tak senonoh'. Nanti orang siasat lah siapa mak bapaknya. 

Kesimpulannya, jangan biarkan musnah kerana akhlak yang kurang baik kita kekalkan sepanjang hidup. Kita bawa ke mana-mana dan rasa biasa dengan suatu yang kurang betul ya. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta
JANGAN BIARKAN MUSNAH KERANA AKHLAK 



logoblog

5 ulasan:

  1. mari kita sentiasa menjaga akhlak, minta Allah selalu jagai kita jagai akal fikiran ..dariNya kita diberi akal yang waras..

    BalasPadam
  2. Rosaknya akhlak ni ada banyak faktor. Tak bolehlah nak salahkan ibu bapa. Kadang sikap individu tu sendiri juga. Apapun kita jaga akhlak sebaik mungkin.

    BalasPadam
  3. Betul kak PC, jaga akhlak kita sebaik mungkinnnn.

    BalasPadam
  4. smoga Allah sntiasa melindungi kita semua.. jagalah akhlak ketika didunia..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..