DEGIL, BOSAN ATAU MEMANG SUDAH TIDAK BOLEH TAHAN LAGI

DEGIL, BOSAN ATAU MEMANG SUDAH TIDAK BOLEH TAHAN LAGI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Tajuk macam marah sungguh la. Nampak tak puas hatinya. Garang. Maaflah kalau nampak kasar juga. Rasa yang bercampur baur.

Degil. Bosan. Atau memang dah tak boleh tahan lagi. Dengan situasi sekarang hingga menyebabkan segelintir orang buat ikut suka memekakkan telinga daripada mendengar teguran orang lain. Tahu tapi tetap buat pada perkara yang tidak sepatutnya dibuat itu degil. 

kalau bosa. Siapa sahaja yang tidak bosankan. Sebelum Covid-19 muncul pun rasa bosan itu ada pada setiap orang. Bosan ni ada banyak sebab juga ditambah keadaan sekarang tapi apa boleh kita lakukan selain patuh arahan dan ikutlah nasihat. Bosan dan degil digabungkan maka terjadilah sesuatu yang sukar dibendung. 

Ko cakaplah sampai berbuih mulut. Sampai bercantum bulu kening kalau memang tak berminat nak dengar maka situasi sekarang dianggap macam tak ada apa-apa. Kalau dengar orang masihat pun jadi macam dengar cerita dongeng dibuatnya. Sebenarnya apa yang PC nak sampaikan ni ha.

Keadaan sekarang tak macam dulu-dulu. Kalau dulu jiran tetangga dengan maknya dengan neneknya sekali cucu cicit datang bersembang tak jadi masalah besar sangat. Tapi sekarang tak sesuai buat macam ni lagi. Belum waktunya. Kalau pun nanti semua sudah kembali seperti sediakal tetap sahaja mesti berjaga-jaga juga.

Kesian mama dengan babah, setiap kali PC telefon mesti mama dengan babah mengadu ada jiran yang masih lagi suka datang ajak sembang saja-saja dengan kerap. Hehehe. Allahu. Mama dengan babah jadi lagi ngeri bila jiran tu suka jalan ke mana-mana dan dah dari mana-mana sebelum datang rumah. Macam lucukan tapi tak bagi PC. 

DEGIL, BOSAN ATAU MEMANG SUDAH TIDAK BOLEH TAHAN LAGI

Nasihat sudah. Tegur dalam gurau pun sudah. Apa lagi. Semoga Allah swt lindungilah mama baba dan kita semua. Memang kes berkurangan sedikit demi sedikit tetapi kes kematian sepertinya meningkat. Fahami situasi sangat-sangat perlu saat ini. 

Benarlah, kita sukar mengubah orang lain. Kecuali dengan ada kemahuan dan timbul kesedaran daripada diri sendiri sahajalah. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
DEGIL, BOSAN ATAU MEMANG SUDAH TIDAK BOLEH TAHAN LAGI

16 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Aduhai lah ..jangan lah degil ya..Tambah2 yyang bergejala...sokong nasihat PC ni tau..tak apa kita jaga kita...ada masa pentingkan diri keluarga dahulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang mama babah buntu dah tak tahu nak cakap macam mana cikgu. Sudahnya diam jelah.

      Padam
  2. Balasan
    1. Betul Syaz. kalau tak sabar pun simpan dalam hati.

      Padam
  3. ramai je mcm tu pc
    emmm tabahlah hati
    na lg kat kg, bebal semuanya
    mcm tak kisahh je depa ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang sedih, masalahnya datang sembang pasal covid. Datang rumah siap nasihat mama babah jangan pergi mana-mana bahaya katanya..tapi...

      Padam
  4. Hurm.. Jiran terlebih peramah ni susah juga. Pas ni pesan parents PC, bila jiran datang, pakai facemask. Diorang pun segan nak stay lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Setuju. Harap fahamlah. Kalau tak faham juga pening juga sebenarnya. Sebab dah sama-sama tua pun.

      Padam
  5. Nak tukar norma lama kepada norma baharu bukan mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga. barangkali sudah terbiasa walau bahaya.

      Padam
  6. Kalau nak bersembang kenalah yang jiran luar pagau, mak abah dalam pagau. pakai mask.

    BalasPadam
  7. semuanya terletak pada diri sebenarnya..tapi kebiasaan kita ni terlebih berani dan kiranya tanggung akibat kemudian hari..entahlah, geram tapi kekdg tu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama