Header Ads

Lama-lama Robot Pun Boleh Meletop

LAMA-LAMA ROBOT PUN BOLEH MELETOPبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم .Assalammualaikum wbt. manusia boleh memberi arahan. Manusia juga boleh menerima arahan. Sesiapapun kita. Di mana pun kita. Memberi dan menerima arahan itu seperti komunikasi dua hala yang positif dan sihat. Kenapa mesti yang sihat. Supaya tidak timbul banyak permasalahan sekarang dan dikemudian hari kelak terutama bila kita sudah tiada lagi. Sama ada perkara baik atau sebaliknya akan tetap ada kesan kepada orang disekeliling kita. Mesti terkait sama. 

Bawah tekanan boleh mengubah manusia. Manusia yang baik boleh berubah kepada kurang baik. Yang kurang baik pun boleh berubah menjadi lebih baik. masing-masing berusaha mahu bebas dan keluar dari situasi yang menekan dan merimaskan.

Lama-lama robot pun boleh meletop. Robot dicipta oleh manusia. Digunakan oleh manusia. Di bawah kendalian dan kawalan manusia. Kalau digunakan berlebihan had yang ditetapkan boleh meletop la dia. Rosak. Hancur lebur. Itu robot. Begitu jugalah dengan kita ini manusia yang serba serbi ada hadnya. Ada kemampuannya. Bila selalu diperlakukan atau dilayan dengan cara yang kurang sihat atau berlebihan tentu sahaja boleh naik berang dan melawan pada tahap yang tidak terbendung.

Kenal pasti situasi terdahulu sebelum bertubi-tubi memarahi atau menjatuhkan hukuman. Ambil tahu dua belah pihak dan bukannya hanya sepihak. Bijaklah ketika bertindak kerana daripada situ kita boleh menilai sisi kemanusiaan yang ada pada diri seseorang. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Lama-lama Robot Pun Boleh Meletop

logoblog

7 ulasan:

  1. setuju. klau setiap hari berlonggok bagi kerja pada seorang ja, orang yang berprestasi cemerlang boleh jadi merosot. stress. sebagai ketua, patut pandai bahagi kerja.

    BalasPadam
  2. Jarang nak marah-marah ni. Tapi dh sampai tahap maksima mau mengamuk seperti robot dalam filem Chitti lakonan Rajnikanth

    BalasPadam
  3. kadang-kadang ammi kerap juga bagi arahan kat anak-anak. berulang kali sebab biasanya kita cakap 3 dorang buat 1 je.

    BalasPadam
  4. kalau robot meletop...kena beli baru la PC hee

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..