DEWASA YABG MENCONTOHKAN DAN MEMBIMBING | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Memerhatikan. mencerap dan melakukan. Itulak anak-anak atau kanak-kanak. Tak kiralah percakapan atau perbuatan. Dan tidak kira jugalah baik daripada ibu bapa dan keluarga atau orang luar. Mereka akan menjadi pemerhati yang sangat baik dan cekap. Permata bangsa dan negara. Benteng dan tunggak agama. Pewaris dan pelapis. Awal-awal lagi banyak perkara perlu dimantapkan dalam diri anak-anak.
Kalau mahu mencari ketulusan dan kejujuran, cari pada anak-anak. Kanak-kanak. Lurus tak bengkang bengkok. lebih lurus daripada pembaris kecuali memang diajar untuk berbohong. Tapi kadang itu pun terlupa. Terlupa dia diajar berbohong.
Satu daripada banyak contoh yang sangat dekat dengan diri PC sendiri. Daripada kecil, PC selalu perhatikan mama babah. Setiap kali balik rumah keluarga baik belah mama atau belah babah, mama babah mesti masak sesuatu isi dalam beakas banayak-banayak bawa ke rumah bapak dan nenek (belah mama) dan nyai dan tok (belah babah). Kalau tak masak pun mesti pergi kedai beli sesuatu tak kiralah keperluan dapur ke, makanan juga ke. PC tengok benda tu semua. Sampailah PC besar. Sampailah semua dah meninggal. Nyai dan tok. Nenek dan bapak. Dan sekarang PC dan en suami buat perkara yang sama. Bila balik rumah mama babah dan mak abah kami bawa apa yang kami mampu dan boleh ole-ole untuk mereka. Kat sini bukan nak unjuk kami baik. Tak, tapi PC nak bagitahu anak-anak ni dia akan rakam dan ingat banyak perkara. Percayalah.
Dulu PC tengok nenek dengan bapak, nyai dengan tok happy bila kami datang bawa ole-ole untuk mereka walau sebenarnya mereka tak minta pun, jadi PC nak mama babah, mak abah pun macam tu juga dan sebenarnya mereka tak minta pun kerana bagi ibu bapa dapat tengok anak depan mata pun itu dah besar nikmat.
Apa yang ibu bapa wariskan sebenarnya bukan cuma sekadar harta. Bukan. Tetapi lebih daripada itu kerana tidak semua orang tua ada harta yang banyak. Mungkin ada tapi apa adanya. Tidak mengapa wahai ibu bapa, percayalah, kalau ibu bapa wariskan akhlak yang baik, ilmu yang bermanfaat in sya Allah anak-anak itu nanti akan mengumpul hartanya sendiri. Diri dia sendiri akan jadi harta paling berharga. jangan risau kalau tidak ada apa yang bakal ditinggalkan untuk annak-anak kelak. Ada banyak cara, tidak semestinya kebendaan semata-mata. Ada lebih itu bonus.
Persoalannya sekarang, dalam situasi sekarang. Adakah ibu bapa, orang dewasa dan orang-orang tua sudah menunjukkan akhlak dan cara yang baik kepada anak-anak dan kanak-kanak. Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
DEWASA YANG MENCONTOHKAN DAN MEMBIMBING
Tags:
Santai
Wkmsalam
BalasPadamKalau wak terbalik pula
Kalau anak2 balik kampung, selagi apa ada wak suruh bawa balik ke bandar
Sayur2, buah2, sembelihkan ayam, telur ayam dsb
Cucu2 nak makan apa neneknya buatkan, nak balik atuknya bagi duit lagi.
didikan yang baik daripada kak PC =)
BalasPadamselalu kalau balik kampung berbekal, mak ayah bising.
BalasPadamtapiiii masa kalau diorg, haaaa xda space utk beg baju punya diorg kirim buah tangan.