Susunan Allah SWT

SUSUNAN ALLAH SWT  | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Manusia banyak mahunya. PC pun. Itu ini. Kadang ada yang tidak mudah berasa puas. Nak lagi dan lagi. Tapi ada ramai juga yang sentiasa memilih sederhana dan cepat bersyukur. 

Marah tidak dapat apa dimahu. Marah sangat. Simpan dalam hati. Mula persoalkan itu ini. Menuding jari salahkan sana sini. Paling lazim bersangka buruk dengan-Nya. Nangis. Geram sangat. Nangis lagi. Kesal sangat. Salah acuan jadi dendam. Betul panduan jadi damai hati dan fikiran.

Susunan Allah SWT

Susunan Allah SWT sangat-sangat indah, cantik dan istimewa. Cuma kadangkala manusia sedar bila sudah termula langkah dan tindakkan yang khilaf. Eh, tidak mengapalah nama pun belajar sepanjang hayat. 

"Kan bagus kalau".Rajin sebut frasa ini,asalnya ianya seperti biasa-biasa sahaja walhal besar pengaruhnya pada perasaan dan fikiran manusia termasuklah PC juga kerana hujungnya memacu manusia berasa tidak yakin dengan-Nya disamping meragui kekuasaan-Nya.

Susunan Allah SWT tidak ada yang tidak berkualiti. Terbaik untuk semuanya. 

Sekian. 
Tinta Perdu Cinta ❤
Susunan Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama