Buat Pelaburan Melalui Blog

BUAT PELABURAN MELALUI BLOGبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Di mana kita laburkan setiap wang kita. Bagaimana kita urus setiap urusan kita setiap hari. Awal pagi kita bangun daripada tidur, sampailah kita tidur semula setiap hari selagi diizin oleh Allah swt, apa yang telah kita laburkan dan bagaiaman cara kita laburkan semuanya agar tidak lebur sebaliknya menjadi satu nikmat yang besar, indah dan manis sangat-sangat. Agak mustahil kita tidak melakukan kesilapan kerana kita umat nabi Muhammad saw akhir zaman yang sangat berat dan besar cabaran keimananya. 

Semakin mendekati akhir zaman, semakin banyak yang mendekat dan menjadi ujian. Mampu atau tidak sahaja membentengi diri masing-masing. Semoga kita semua mampu menjadi hambaNYA dan umat yang tangguh imannya. Bila ajal mendekat, mati dalam keadaan husnul khatimah. Aamiin. In sya Allah. Mati dalam keadaan telah bertaubat juga. Sayu rasa hati.

Setiap orang ada pendapat sendiri. Ada jalan yang dipilih ikut mahu dan mampunya masing-masing juga. Setiap daripada kita juga sentiasa ada perancangan rapi dan dirasakan baik dengan kaedah masing-masing jugakan. Tidak kiralah apa pun itu. Semua orang boleh buat pelaburan. Dengan cara dan kemampuan yang tidak sama tapi matlamatnya pelaburan yang menguntungkan apatah lagi untuk kehidupan yang abadi kelak, semakin lama sudah semakin ramai yang mula sedar akan hal ini. Melalui amal kebajikkan dan sebagainya. 

Jujurnya, PC nampak seorang blogger boleh buat pelaburan melalui blog juga. Pelaburan untuk kehidupan dua dunia, untuk kehidupan di dunia dan untuk kehidupan di akhirat juga dalam masa yang sama. Kalau seorang blogger tidak mengguakan blognya sebagai sumber pendapatan tetap, melalui artikel yang disampaikan pun itu satu pelaburan juga. Kalau blog dijadikan sebahagian sumber pendapatan, maksudnya untuk berkongsi artikel ya, dalam masa yang sama menerima sebarang tawaran review pun ya, malah boleh jadi berganda juga palaburannya.  Artikel bermanfaat itu jadi pelaburan, apa yang di review itu juga palabuaran dan hasil pendapatan dan bayaran daripada sebaran kerja atau kolaborasi itu juga pun boleh dijadikan pelaburan.

Buat Pelaburan Melalui Blog

Hasil pendapatan blogger daripada blog boleh jadi hadiah, boleh jadi sedekah dan boleh juga kita gunakan sendiri untuk perkara baik dan bermanfaat jugakan. Beli barang keperluan atau memenuhi kehendak tapi untuk ramai orang pun itu pelaburan. Secara tidak langsung, yang memberi peluang, yang membari bayaran dan yang sentiasa memberi sokongan dapat sahamnya juga, dengan syarat ianya baik.

Blog ini cuma salah satu daripada banyak cara untuk kita buat pelaburan sebenarnya. Ada banayk dan pelbagai cara lagi. Kalau kita ada niat nak buat pelaburan yang baik untuk kebaikkan, sebenarnya kita akan sentiasa berusaha ke arah itu, jika tidak mahu itu yang timbulnya banyak alasan atau sentiasa mengelak atau menafikan. Terpulanglah pada diri sendiri. Semoga Allah swt sentiasa beri kita laluan yang lurus dan diberkati. Allahuma aamiin. S e k i a n.

Tinta Perdu Cinta ❤
Buat Pelaburan Melalui Blog 

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Subahanallah suka baca ..memebri rasa motivasi..teruskan berblog dalam masa sama tak lupa kewajiban utama

    BalasPadam
  2. melabur masa dan tenaga untuk blog dengan harapan hasil tulisan saya memberi kebaikan kepada pembaca

    BalasPadam
  3. semoga digunakan dalam sesuatu yang bermanfaat

    BalasPadam
  4. blog juga selain laman perkongsian..saya setuju utk dibuat sebagai satu sumber pendapatan dan pelaburan..pelaburan saham utk dunia dan akhirat..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama