FOKUS DAN BERSUNGGUH

FOKUS DAN BERSUNGGUH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Selamat berhujung minggu. Semoga semua sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja ya. Hujung minggu masa untuk lakukan banyak hal, biasanya begitulah. Terutama bagi yang bekerja. Setiap hujung minggu itu macam hari bersama keluarga. Hari untuk diri sendiri berehat kan walau sebenarnya tidak. Keadaan masih belum stabil walau sudah ada yang membuat keputusan keluar rumah dengan tujuan rekreasi. Tak apalah. Mana boleh buatlah. Cuma harap tak lupa patuhi SOP. Sekarang ni jaga diri sendiri untuk jaga orang lain juga. Lebih luas skopnya. Bukan lagi kau-kau aku-aku.

Fokus dan bersungguh. Dalam segenap hal, kalau sekarang ni fokus dan bersungguh jaga SOP di mana sahaja. Kalau buat kerja pun kena fokus dan bersungguh. Termasukalah ketika beribadah dan semasa lakukan hal-hal atau perkara-perkara tertentu. penting sangat ke nak kena fokus ni. perlu sangat ke kena buat sungguh-sungguh ni ha. Penting dan sangat perlu. Atau mungkin bagi PC sahaja. Tak kisahlah awak jenis yang cuma boleh buat satu kerja dalam satu-satu masa atau boleh buat dua tiga kerja dalam waktu yang sama. Tak kisah. Asalkan fokus dan bersungguh-sungguh itu sudah sangat baik dan sangat membantu.

FOKUS DAN BERSUNGGUH

Bila fokus dan bersungguh in sya Allah kualitinya terjaga. Tidaklah ala kadar. Tidaklah  kata orang tu buat macam lepaskan batok ditanggakan. Bila yang berkualiti kita beri atau lakukan, akan lebih dihargai sesama kita. Sama juga dalam ibadah, Allah nak kita beri yang berkualiti kepadaNYA. Bukan asal boleh. Kalau orang lain beri sesuatu asal boleh je pada kita pun, kita boleh berasap cuping telinga. Mahu ada yang lebam mata kena tumbuk. 

Fokus sangat perlu dengan syarat fikiran lapang hati tenang. Kalau fikiran serabut, hati galau pun tak boleh fokus dengan baik jugakan. Sebab nak fokus ni bukan mudah. Akan ada sahaja cabarannya. Macam tu jugalah nak bersungguh-sungguh. Tidak semudah yang disangka. Semangat manusia ni ada pasang surutnya. Itu yang menyumbang kepada mampu atau tidak bersungguh-sungguhnya kita lakukan sesuatu itu.

Kesimpulannya, fokus dan bersungguh-sungguh perlu dilatih. Perlu dibiasakan dan mulakan pada hal-hal kecil dulu. Lama-lama untuk fokus dan bersungguh-sungguh tidak menjadi masalah lagi.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
FOKUS DAN BERSUNGGUH

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. setuju PC, kena disiplin juga untuk mantapkan fokus

    BalasPadam
  2. Sangat setuju kata2 ini..dapat motivasi di laman ini

    BalasPadam
  3. Betul tu PC.. kena fokus dan bersungguh, nanti lama-lama jadi kebiasaan dah..

    BalasPadam
  4. Jangan hilang fokus nanti apa yang kita buat kurang kualiti

    BalasPadam
  5. Buat apapun kena fokus barulah hasilnya menjadi. Buat sambil lewa asal boleh, hasilnya juga asal boleh je lah kan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama