Ada Sahaja Perubahan

ADA SAHAJA PERUBAHAN. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Sebulan tidak keluar rumah tidak ke mana-mana,itu pun boleh rasa dan lihat banyak perubahan yang berlaku.Itu yang berada disekeliling kita. Yang boleh dikatakan berhampiran dengan kita. Rasa cepat sangat perubahan terjadi. Walau cuma perubaha kecil sahaja. Seperti bukan apa-apa tapi dah kalau perubahan tetap perubahan.

Manusia merancang untuk berubah dan Allah SWT juga menentukan untuk mengubah. 

Ada sahaja perubahan. Kalau tengok diri sendiri pun setiap waktu ada sahaja perubahan yang berlaku. Tak kisahlah sama ada kita sedar atau tidak. Atau orang lain yang lebih menyedari perubahan kita. 

Ada sahaja perubahan yang berlaku. Ya. Apatah lagi kita sebagai manusia yang setiap hari sentiasa melakukan pelbagai aktiviti. Ada sahaja yang difikirkan dan mesti dilakukan. Jangan sangka dan berharap orang sentiasa sama sedari awal kenal hingga hujung hayat. Tidak. 

Dulu lain sekarang kenapa lain. Kenapa berubah. Itulah hakikat. Itulah satu kewajaran. Manusia dan setiap makhluk melalui fasa perubahan, cuma perubahan itu yang bagaimana. Wajar atau tidak. Selayaknya diikuti atau mesti dibendung atau dikawal saat perubahan mahu dilakukan. Tidak semua perubahan mesti dituruti kerana ada masanya semua lebih pada nafsu hingga akal ditinggal dan diketepikan. Nampak tak. 

Nah, justeru itu sila pilih-pilih juga. Jangan melulu atau meminta alsan dan sebab pada  setiap perubahan yang terjadi. Perubahan yang bagus tidak menjadi halangan, kalau sebaliknya sila fikirkan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Ada Sahaja Perubahan 



11 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Manusia sentiasa berubah. Tp sebaik2 perubahan, perubahan yang ke arah kebaikan dan bermanfaat pada orang sekeliling.

    BalasPadam
  2. semoga kita berubah ke arah yang lebih baik

    BalasPadam
  3. Biar fizikal berubah
    tapi jangan hati berubah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaa fizikal berubah org xkenai dah lagi2 pipi mcm pau kan wak ^_^

      Padam
  4. setuju ..semoga Allah pasti Allah perkenankan doa kita..Berubah kepada lebih beriman bertaqwa

    BalasPadam
  5. Semoga kita dapat biasakan diri dengan perubahan yg ada dan yg mendatang..

    BalasPadam
  6. Jangan takut untuk berubah, selagi ianya tak bercanggah dengan hukum syarak.

    BalasPadam
  7. Semoga perubahan itu kepada yang lebih baik dan ada usaha.

    BalasPadam
  8. Sebenarnya perubahan itulah yang sentiasa terus-menerus berlaku dalam hidup kita. Sama ada ke arah yang lebih baik atau lebih buruk. Apa yang penting, kita kena sentiasa cuba untuk berubah menjadi lebih baik.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama