Hari Terakhir Dibulan September

HARI TERAKHIR DIBULAN SEPTEMBERبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah. Hari ini hari terakhir dibulan September bersamaan 23 Safar 1443H. Allahuakbar. Tiada nikmat yang mampu kita dustakan. Mungkin pada pandangan kasar semua yang kita nikmati atas usaha kita tapi percayalah tiada satu pun tanpa campurtangan Allah swt. Semua telah Allah swt susun sangat indah dan paling sempurna. Allahu.

Hari Terakhir Dibulan September
Gambar Sekadar Hiasan

barangkali hari ini ada yang menyambut ulangtahun kelahiran, selamat ulangtahun PC ucapkan. Boleh jadi juga hari ini ada yang sedang berjuang menahan kesakitan untuk  melahirkan, semoga semua dipermudahkan dan boleh jadi juga hari ini ada yang sedang sangat bersedih kembalinya insan tersayang ke pangkuan Ilahi, Al Fatihah.

Semua mungkin terjadi. Sangat mungkin. Sekarang kita gembira, tidak mustahil sesaat nanti kita menangis semahu-mahunya. Tidak hairan tadinya kita rasa kesempitan sangat, esok Allah beri kita khabar gembira dengan didatangkan rezeki yang tidak terduga. Sabar. Doa. Bersangka baik.

Semoga kebaikkan yang dilakukan sepanjang September terus berlanjutan. Dan semoga ada lagi Semptember untuk kita semua ditahun-tahun akan datang. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Hari Terakhir Dibulan September

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. semoga oktober kita dipermudahkan sehingga bulan2 seterusnya

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah diberi kesempatan bernafas sehingga hari ini

    BalasPadam
  3. Wake me up..when september end... ehehehe.. lagu MCR

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama