Header Ads

Jangan Main-main Dengan Birunya Nila

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN BIRUNYA NILAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Baju sekolah. Tudung sekolah selain pengawas sekolah atau pengawas pusat sumber mesti warna putih. Termasuklah kasut sekolah. Kalau awak pengawas berkasut hitam. Dululah zaman PC sekolah. Kain warna putih ni bila selalu dibasuh, dipakai warna akan bertukar kekuningan. Jadi nak nampak kain sentiasa baharu dan bersih maka solusinya kalau tak sesekali rendam dengan klorok, mesti kena bilas dengan nila. Nila serbuk ada. Nila cecair pun ada. Dua-dua PC dah guna. 

Jangan Main-main Dengan Birunya Nila
Jangan main-main dengan birunya nila. Walaupun cuma sedikit tetap biru. Apatah lagi kalau berlebihan. Nak menila baju atau tudung juga telekung ada caranya. Silap cara bertelau (berbelang) la bila dah kering. Aduh. Kadang toleh kanan toleh kiri, bila mama tak ada, dengan kasut sekolah pun PC bilas dengan air nila. Kikikiki. Puas hati. Sapu kapur tetap juga. Nasib kucing PC Si Kapas, PC tak celup dia dalam air nila, mahu mengamuk mak kau seminggu. Alahai. Tapi sekarang ada jenis kain putih nilakan. Putih kebiru-biruan gitu. Tak perlu nila lagi. Rindu nak menila. Sekarang telekung pun PC tak nila, sesekali rendam klorok tak pun gunalah vanish. Selalu guna nanti reputlah pulak.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Jangan Main-main Dengan Birunya Nila 



logoblog

3 ulasan:

  1. Kerana setitik nila, rosak susu sebelanga kan PC..

    BalasPadam
  2. silap cara belang2 la baju putih
    kan teringat zaman sekolah menengah dulu rajin buh nila, konon nmpk cantik dan berseri he hee

    BalasPadam
  3. ye...masih ada nila ujala tu di rumah. saya kan masih ada anak sekolah. sekali sekali saya nilakan juga seragam sekolah mereka

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..