Header Ads

MEMACU PECUTAN DEMI PECUTAN

MEMACU PECUTAN DEMI PECUTANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Daripada dalam diri. Semua daripada kita ada kekuatan dan kelemahan ditahap masing-masing. Setiap orang pun ada cara masing-masing juga nak ungkap atau leraikan apa yang dirasa dan dilalui dalam hidupnya. Ada yang cepat move on ada yang lama sangat nak move on dan ada yang lima puluh lima puluh. 

Memacu pecutan demi pecutan. Pecutan perbaiki diri. Pecutan merawat apa yang dialami dan dirasai. Bukan mudah kerana terkadang kena berlawan dengan diri sendiri juga. Otak kata gini. hati melawan gitu. Aaa sudah. Hujungnya apa pun tak jadi. Semakin parah lagi ada. 

Diri sendiri kena memacu pada landasan dan cara serta sumber yang tepat dan betul. Carilah motivasi yang terbaik. Dalam hal apa pun kita ada detiknya rebah juga. Rasa lelah juga. Walau kadang jasad terlihat kuat dan sihat semuanya namun dalaman kita kadang-kadang lemah dan sangat rapuh. Tak jatuh pun terkadang boleh retak dan berderai dengan mudah. Begitulah ibaratnya.

Memacu pecutan demi pecutan. Kenakan dengan waktu yang tepat. Kenakan juga dengan tempat yang tepat. Silap-silap dengan izin Tuhan kita boleh menjadi insan yang hebat. Hebat akhlaknya. Hebat menjad hamba Tuhan yang berjuang di dunia dapat beristirehat bagai raja di akhirat. Pacu semuanya dengan benar. Pecutan demi pecutan disusun dengan sebaiknya supaya tidak tersalah dan tergelincir. 

MEMACU PECUTAN DEMI PECUTAN

Kalau pun mungkin pecutan-pecutan sebelum-sebelum ini pernah membuat kita hilang jati diri, tidak mengapalah kerana adalah lebih baik mencari kekuatan yang tersisa untuk memulakan pecutan baharu daripada terus hanyut ke arah yang tidak jelas dan membinasakan. Memacu pecutan demi pecutan kerana Tuhan dalam kebaikan dan beribadah. Semoga Tuhan terima. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
 MEMACU PECUTAN DEMI PECUTAN  

logoblog

3 ulasan:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..