Header Ads

JANGAN PENING-PENING NAK SEDEKAH APA

JANGAN PENING-PENING NAK SEDEKAH APAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Tengok orang bersedekah, tentu hati turut rasa mahu bersedekah juga. Bersedekah tidak semestinya wang ringgit. Tidak tentu juga harta yang kita ada. Ini yang kadang buat orang rasa rendah diri. Nak pencilkan diri. Rasa tak mampu. Rasa keciklah hai. Macam-macam rasa ada. Gitu. Tahu tak sebenarnya sedekah ni ada banyak cara cuma kita tahu atau tidak sahaja.

Doakan itu juga sedekah. Tadah tangan doakan yang baik-baik untuk orang lain. Doakan betul-betul dan sungguh-sungguh. Jangan pening-pening nak sedekah apa. Jangan cuak bila tengok jiran sebelah sakan sedekah itu ini sedang awak kurang mampu. Jangan bawa sampai berhari-hari rasa sedih tu ya. Tak perlu pun kerana setiap orang telah Allah swt susun sesuatu untuk dirinya dengan kemampuan masing-masing. 

Ingat ya, jangan pening-pening nak sedekah apa. Mulakan sedekah Al Fatihah kepada ibu bapa, diri sendiri, adik beradik dan saudara mara atau kepada sesiapa sahaja. Semua oranglah. Betulkan persepsi. Betulkan bahawa Al Fatihah untuk yang sudah tiada sahaja. Sebenarnya baik yang masih hidup atau yang sudah tiada boleh sahaja kita sedekahkan surah Al Fatihah kepada mereka.

JANGAN PENING-PENING NAK SEDEKAH APA

Sambil tu doalah. Ya Allah, limpahkan rezekiku sebagaimana telaga zamzam yang tidak pernah kering, luaskan pintu-pintu rezekiku lebih luas daripada langit dan bumi. Semoga setiap rezeki itu nanti boleh aku jadikan sedekahku sebahagiannya untuk menjadi saham akhirat buatku.

Mana tahukan, hari ni kita cuma mampu sedekah surah Al Fatihah esok lusa lebih daripada itu. Sedekah sesuatu yang boleh buat ramai orang lancar ketika lintas di titian siratulmustaqim. Aamiin. Bila Allah mahu tiada yang mustahil geng.

Sekian
Tinta Perdu Cinta
JANGAN PENING-PENING NAK SEDEKAH APA 

logoblog

4 ulasan:

  1. Sedekah yang sangat bermakna. Jangan pening pening lagi :)

    BalasPadam
  2. Mana yang mampu kita sedekah kan. betul, doa pun sedekah juga

    BalasPadam
  3. Saya pun tgh bersedih.. Mampu sedekah kan alfatihah jak tuk semua..

    BalasPadam
  4. Kann, sedekah mana mampu dan tak semestinya kena bersedekah duit sahaja.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..