MELUPAKAN ITU PERLU USAHA TERLUPA ITU PULA BONUS

MELUPAKAN ITU PERLU USAHA TERLUPA ITU PULA BONUS | Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih . Assalammualaikum wbt. Biasa sangat dengar dan biasa sangat disebut-sebut orang malah terkadang menjadi perbahasan juga. Semua ada pandangan sendirilah. 

Mudah untuk memaafkan tetapi tidak mudah untuk melupakan. 

Ada yang berpendapat, bila sudah memaafkan boleh sahaja melupakan dan sebaiknya melupakan terus kerana jika memaafkan tidak melupakan itu bererti dendam. Belum ikhlas. Bagi PC memaafkan itu suatu yang sangat dituntut dalam agama kita. Tetapi dalam soal melupakan pula itu adalah berkaitan dengan banyak hal. Apa yang ada dalam otak kita, dihati kita. Terkadang ada hal lain yang seakan sama itu mampu menyegarkan memori-memori yang telah sedia ada dalam fikiran dan hati kita membuatkan ianya sukar dilupakan. Ingat ya, semua memerlukan proses bertahap dan percaya atau tidak tubuh kita juga menyimpan memori masing-masing.

Mudahnya, hari ini kita senam, badan rasa sakit-sakit. Rasa letih yang keterlaluan. Esok kita ulang senam buat pergerakkan yang sama rasa sakit yang sebelumnya berkurangan sehinggalah bila sudah terbiasa tubuh boleh sahaja dengan mudah beradabtasi sengan senaman yang kita lakukan. Kerana tubuh sudah kenal dan boleh membaca setiap langkah atau pergerakkan rutin. Walaupu mungkin dalam bahasa khasnya kesan sakit membuat aktiviti atau senaman itu seperti pecah lemah dan sebagainya tapi PC percaya setiap inci tutbuh kita ini menyimpan memori.

MELUPAKAN ITU PERLU USAHA TERLUPA ITU PULA BONUS

Melupakan itu perlu usaha. Usaha daripada diri sendiri dan persekitaran juga memainkan peranan penting untuk menyokong proses itu. Manakala terlupa itu bonus untuk kita dalam proses mahu melupakan setelah memaafkan. Jadi kalau kita ada buat salah dengan orang, kita dah minta maaf, orang itu dah maafkan, kita doalah moga dia terlupa apa kesalahan kita ya. Manalah tahu rezeki memihak. Alhamdulillah. Tak gitu. Tapi jangan berharap tinggi sangatlah.

Sekian
Tinta Perdu Cinta 
MELUPAKAN ITU PERLU USAHA TERLUPA ITU PULA BONUS 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. semoga kita sentiasa bermaafan antara satu sama lain

    BalasPadam
  2. Wkmsalam
    Peristiwa dan kenangan yang terkesan di hati kiat memang susah untuk dilupakan

    BalasPadam
  3. Banyakkan muhasabah diri, sedarkan diri kita juga bahawa setiap kita punya kelemahan masing.masing..tetapi berputus asa adalah ditegah dan usaha berterusan adalah kewajiban kita..

    BalasPadam
  4. nk lupa mcm senang tp nk maafkan mcm susah hehehe

    BalasPadam
  5. betul
    kadang dah maafkan pun dan cuba belajar lupakan cuma terkadangg ada peristiwa akan kembali dtg dlm memory ini nak lagi bila yg berlaku berdekatan atau ada persamaan
    tapi insyaAllah asalkan tidak diungkit kembali cuba jgn diingat lg
    doa yg terbaik

    BalasPadam
  6. Maafkan insyaallah mudah..kalau yg tak brapa nak pahit insyaallah mudah juga dilupakan. Kalau yg pahit tu yg payah lupa kecuali....

    BalasPadam
  7. Benda yang kita nak lupa asyik teringat-ingat. Yang penting hilang pulak dari memori. Haha

    BalasPadam
  8. Kak Sue memang jenis maaf tapi susah nak lupa kalau yang sangat melukakan hati. Semoga Allah redhakan dan lembutkan hati Kak Sue supaya ikhlas dan redha memaafkan seterusnya melupakan terus..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama