PASANG DAN LETAK PELARIS PADA BLOG

PASANG DAN LETAK PELARIS PADA BLOGبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Sebut pasal pelaris, biasanya yang paling dikaitkan adalah tempat-tempat makan. Tempat jual makanan, baik itu warong tepi jalan ke, kedai makan ke, restoran ke ataupun perniagaan-perniagaan yang dijalankan. Kedai runcit ke atau kedai-keadai besar. kadang peniaga-peniaga kecil yang menjual barang keperluan dapur pun sering dikaitkan dengan isu pelaris. Betul atau tidak. Sahih ke tidak sahih, cuma diri sendiri dan Allah swt sahaja yang tahu apa kisah dan kejadian sebenarnya. Satu sahaja, setiap perbuatan ada balasan dan ganjarannya. Sama ada itu yang baik atau tidak baik ya. Hati-hati.

PC rasa sebagai seorang blogger, siapa pun itu, dia rasa dia blogger, ada blog, tidak salah dan boleh juga pasang dan letak pelaris pada blognya. Mengapa tidak?. Pada PC tidak ada salahnya juga kalau seorang blogger memilih untuk melakukan itu. Orang lain tidak boleh marah juga. Tidak ada alasan kukuh pun untuk orang lain atau blogger lain untuk protes yang tidak-tidak kalau seorang blogger pilih pasang dan letak pelaris pada blognya sentiasa selagi dia mahu dan memang sangat-sangat perlu. Harap maklum akan hal ini ya. Harap maklum sangat.

PASANG DAN LETAK PELARIS PADA BLOG

Ada pelaris yang jatuh hukum dosa dan haram bila dilakukan dan diamalkan. Ada juga yang tidak berdoasa dan tidak haram juga hukumnya dengan syarat tidak melencong ke mana-mana. Tidak langgar apa yang disyaratkan dan tidak merapu yang bukan-bukan. Selagi tidak mengajak orang lain ke arah yang merosakkan, in sya Allah dibolehkan kepada sesiapa sahaja yang bergelar blogger. Silakan.

Pengisian artikel. Sangat penting pengisian artikel yang diolah dan kemudian dikongsikan. baik pengolahan artikel in sya Allah ramai je yang terpikat mahu terus membaca hingga akhir patah kata yang dikongsikan. Percayalah. Tidak semestinya perlu guna ayat-ayat yang formal atau bombastik pun, kadang cukup kongsikan artikel yang santai dan ringan pengisiannya pun boleh juga menarik ramai pembaca. Tidak mustahil akan ada pembaca setia juga. Aamiin. Sampaikan dari hati in syaAllah akan terkesan dihati juga nanti.

Saiz font yang paling sesuai. Ini sangat penting. Betul. Saiz font ni biasanya bawaan daripada templates yang kita beli atau yang kita ambil dan gunakan daripada mana-mana laman web templates sedia ada secara percuma. Pakej. Tapikan sebenarnya kita boleh cari dan ubah saiz font untuk konten yang sedia ada tu. Cuma kalau tak betul-betul boleh muntah dan juling juga biji mata sebab maklumlah nak belek coding tu satu persatu, baris demi baris dengan saiz yang paling comel sangat-sangat mencabar kesabaran dan semangat ya. Mungkin sangat mudah bagi orang yang sudah terbiasa dengan coding templates. Hujung jari dan sekali pandang dah boleh kesan. kalau saiz font lebih kecil daridapa tanda pangkah x dipenjuru kanan, itu paling berbahaya. Bagi PC saiz font sangat mempengaruhi mood orang yang nak membaca. Awak taiplah panjang berjela-jela, baik dan lengkap apa yang dikongsikan sayangnya saiz font halus, awak meletakkan risiko yang besar pada blog awak.

Kekemasan dan pemilihan warna. bab kekemasan mungkin tidak begitu menjadi masalah kerana biasanya tataletak sudah sedia ada. Cuma tinggal perlu menyusun mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing sahaja. Memposisikan seperti mana sepatutnya dan sebaiknya. Penting juga ya kena susun di tempat yang strategik. Bila susunan dah baik, jangan lupa pemilihan warna templates juga ya. Responsive atau mesra seo. Semua ada boleh didapati secara percuma juga. Tinggal pilih sahaja ikut citarasa. Tapi jangan lupa untuk titik beratkan pemilihan warna-warna yang menenangkan. Tidak sakit mata dan tidak mendera perasaan juga.

Kepantasan kebolehan diakses. Semakin banyak gadjet dan tambahan kod-kod makan semakin lambat blog kita boleh diakses. maaf ya kalau PC silap bab ni. Ambil masa yang lama itu buat orang bosan menunggu. jadi tidak hairan orang terus tak mahu singgah ke blog kita kerana ini yang pernah PC alami. Bukan bererti blog PC sekarang sudah terbaik ya. Tidak juga. Ada je kurangnya di mana-mana. Tapi ini juga salah satu pengalaman PC juga. Syok dan tamak nak letak segala  gadjet yang ada akhirnya loading nya ke tahap C dan kadang D.

Inilah antara pelaris pada blog yang mesti diusahakan, dipraktikkan dan mesti dijaga kualitinya sentiasa selagi boleh. Kesimpulan yang PC blajar dan pelajari sepanjang ada bloh dan menjadi blogger suam-suam kuku. Blogger picisan ni, adalah, selesa dan sudah terbaik pada kita belum tentu sudah buat pembaca rasa selesa dan belum tentu sudah mereka mendapatkan yang terbaik daripada kita. Belum tentu. Justeru itu selagi boleh pelajari sesuatu untuk menjadi lebih baik, ambillah peluang dan ruang yang ada sebaik-baiknya. 

Belajar dan bertanyalah dengan mana-mana blogger yang telah dan lebih  berpengalaman. Ramai juga blogger muda yang banyak pengalamannya daripada kita dalam menguasai dunia blog ini. Mungkin usia jangan dijadikan ukuran sebaliknya ambil kira pengetahuan dan pengalamnnya. Carilah sebanyaknya ilmu kemudian kongsikan diblog supaya pahalanya berterusan hingga kita sudah tidak ada lagi nanti. Memang kita tak boleh puaskan hati semua orang. Tak boleh ikut kehendak semua orang tapi sekurang-kurangnya kalau kita boleh buat orang lain mudah urusannya, dapat sesuatu yang baik daripada kita, berasa gembira dengan apa yang kita sampaikan itu juga satu hadiah kecil yang bererti juga. pasang dan letak pelaris pada blog betul-betul. Jangan ini dianggap satu gurauan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta
PASANG DAN LETAK PELARIS PADA BLOG
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

13 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Terima kasih atas petua yg diberikan.

    BalasPadam
  2. Tips pelaris yang perlu dipraktikkan :)

    BalasPadam
  3. waah..menarik pelaris yang dimaksudkan...bukan pelaris yang gitu- gitu ye...

    BalasPadam
  4. Menarik perkongsian kak PC, betul tu saiz font dan jenis font memainkan peranan penting, kalau tulisan berangkai susah nak faham, memang saya tak berapa minat nak membaca huhuhu.

    BalasPadam
  5. Wkmsalam
    Owhh ingatkan pelaris yang itu itu

    BalasPadam
  6. Ooo... itu ke yg dimaksudkan dengan pelaris? Baru tahu... Ingatkan mandrem2 ke macam tu.. hehehehe

    BalasPadam
  7. boleh cuba pelaris ni. terima kasih kak Jua atas perkongsian

    BalasPadam
  8. Pertama kali baca ada pelaris dalam blog..ada ke begitu dek..wallahualam. nah tu lah petuannya. mesra blog..cantik budi bahasa, blog curahkan ilmu bermanfaat ..alamak tu lah pelarisnya..blog bagaikan jiran kenalah bertegur sapa..saat ada peluang. Tak ada peluang tak boleh tu..kena urus yang WAJIB..baru lah ada sedikit peluang ..terbaik entri ni

    BalasPadam
  9. Nak tanya PC....apa saya nak buat kalau bila nak reply kat comment ambik masa lama....kena edit tang mana mana ka

    BalasPadam
  10. Kalau saya, memang suka blog yang latar cerah, tulisan gelap

    BalasPadam
  11. Harapnya blog saya mesra pembaca lah. Pening dah tengok coding. Dulu dulu je rajin. Sekarang tak sanggup dah. hihi

    BalasPadam
  12. blog yg tulisan font halus xlaris utk kak baca maklum mata tua

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama