PERBAHARUILAH IMAN SETIAP HARI

PERBAHARUILAH IMAN SETIAP HARIبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Kita manusia biasa yang sentiasa ada usaha untuk berbuat kebaikkan dan mahu menjadi manusia yang lebih baik. Bukan cuma hari ini tapi hari-hari ke depan dan seterusnya selagi Tuhan izin untuk kita bernafas dan hidup di muka bumi ini. Siapapun mahu berubah. Berubah ke satu tahap yang lebih baik. Waalu tak ucap kat mulut tapi jauh di dasar hati tu ada niat mahu menjadi lebih baik.

Seronok kan dapat pakaian baharu. Seronok kan dapat pergi ke tempat baharu. Pokoknya apa sahaja yang baharu dan pengalaman baharu tentu buat hati girang. Alhamdulillah. Begitu juga dalam diri kita. Yang mahal, yang menetukan nasib kita nanti di alam abadi di negeri yang kekal selama-lamanya. Iman. Iman itu suatu anugerah. Harta. Ada turun naiknya. Sangat mesti digilap setiap hari sentiasa.

Perbaharuilah iman setiap hari. Tapi macam mana ya. Sebab iman itu dalam diri kita. Kita yang rasai. Kalau ditunjuk pun dengan perbuatan. Syahadah. Dan ibadah-ibadah yang lain. Tapi selebihnya itu cuma Allah swt yang lebih tahu segenapnya. Keseluruhannya. jadi macam mana ya.

Perbanyakkan sebut lailahaillallah. Tiada Tuhan selain Allah. Kadang kita tak buat silap dengan perbuatan tapi dengan lisan. Tak dengan lisan dengan hati. Ada banayk sebab boleh rosaknya iman kita. kadang iman kita bukan makin tebal dan tinggi tapi semakin lama semakin rendah dan tipis. Allahu. 

Taubat dan jangan ulang lagi. Taubatlah dengan sebenar-benar taubat. Dengan tidak mengulanginya lagi. Apatah lagi dalam keadaan sekarang. Ajal itu bilabila masa boleh berlaku dengan sangat pantas walau dengan asbab yang sedikit dan kecil sahaja.

Dua perkara yang mesti dipraktikkan dan ajar diri untuk sentiasa buat. Mula-mula susah dan berat tapi lama-lama in sya Allah mudah dan ringan. Aamiin. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
PERBAHARUILAH IMAN SETIAP HARI 

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Saya anak beranak positif.. Aku Kehilangan 2 org ahli keluarga yang di sayang.
    https://misseffah-ara.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
  2. Allahu. Semoga segera pulih. Sedih sebenarnya bila tahu ada yang positif.

    BalasPadam
  3. Kita ambil manfaat, menjauhi laragan Allah..InshaAllah aman kita ya

    BalasPadam
  4. iman kita kadang gemuk n kadang kurus

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama