RASA TIDAK SUKA ITU ADA PADA SEMUA ORANG

RASA TIDAK SUKA ITU ADA PADA SEMUA ORANGبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Ingat dulu masa sekolah. Nama pun budak-budak. Sikit-sikit merajuk. Main tak kawan tak kawan. Alah bukan lama pun tak kawannya tu, sekejap je. Bila merajuk mulalah cakap yang bukan-bukan. Tulis nota selit celah bukulah. Cakap terus pun ada juga. PC paling tak suka bila bulak lelaki main lari-lari dalam kelas. Suka dengki main tarik-tarik tudung budak perempuan. 

Memang menyiraplah naik darah ke muka. Kadang sampai tercabut anak tudung.  'Aku benci tak nak kawan ko'. Hahahahaha. Budak perempuan yang tudungnya kena tarik mesti cakap macam tu termasuk PC. Nasib budak lelaki tu tak kena penyepak. Tak pun tendangan tanpa bayang. 

RASA TIDAK SUKA ITU ADA PADA SEMUA ORANG

Kata orang jangan cakap tak suka. Jangan cakap benci nanti jodoh. Benci ke tak suka ke nanti jadi sayang. Fuh, setakat ni setahu PC kawan-kawan sekolah rendah PC masing-masing berjodohan dengan jodoh masing-masing yang bukan daripada kawan sekolah sekelas. masing-masing dah tua-tua pun termasuklah PC.

Rasa tidak suka itu ada pada semua orang. Umum. Tidak suka dengan apa. Setiap kita ada alasan  mengapa ada rasa tidak suka dalam dirinya terhadap sesuatu itu. PC rasa, tidak ada orang yang tidak suka cuma saja-saja. Kenapa tak suka, saja. Tak ada. kalau tak suka pasti ada alasannya yang kukuh. jangan kata orang tua. Anak kecil pun ada rasa tidak suka akan sesuatu mengikut pendapat dan rasa pada dirinya. Naluri.

Kalau kita nak tegah orang jangan ada rasa tidak suka pun tak boleh juga kerana tidak suka itu adalah pilihan lain selain suka. Nak mudah tunjuk dan tanya pada diri sendiri. Ada tak hal atau sesuatu yang kita tak suka. Tentu ada. Macam itu jugalah orang lain. 

Kecuali kalau kita memang pasti apa yang orang lain tidak suka itu menyalahi agama atau sesuatu yang telah menjadi ketetapan syarak, ha itu pun kena nasihat molek-molek dulu. Kalau degil dan berkera juga serahlah pada pihak yang berwajib. Ada banyak pihak yang lebih arif. 

Kesimpulannya, kalau ada rasa tidak suka itu normal. Pada perkara dan tempat yang normal itu tidak mengapalah. Kalau rasa tak suka yang melulu pun negatif juga jadinyakan. Cuma kita sesama kita, hormatilah rasa tidak suka orang lain terhadap apa yang menjadi isu sehingga timbul rasa tidak suka itu. Perasaan kita bervariasi.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
RASA TIDAK SUKA ITU ADA PADA SEMUA ORANG 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. normal tk suka ada pd smua org..sbb bkn smua kita suka kan..begitu juga sebaliknya

    BalasPadam
  2. Tak boleh nak benci orang, sebab semua kita baik lelaki dan perempuan Dia cipta, macam tak ada hak kita membenci dan tak suka pada kejadian ciptaan Allah. So, kawan-kawan kan saja..usah tunjukkan kita tak suka..tapi buat biasa ja ..lastly.." Bukan Jodoh" kan mudah tu dek..hehehe

    BalasPadam
  3. kalau rapat, selalu Cida berterus terang. dan beralasan. tapi kalau tak rapat, senyum je lah. takut ada yang terasa hati..

    BalasPadam
  4. orang dulu dulu cakap, Jangan membenci nanti jatuh cinta. Perasaan tidak suka itu biasa tapi kita kena biasakan untuk tidak membenci :)

    BalasPadam
  5. Betul tu PC..dulu2 shida pun kasar org nya..tp xla pernah semerdang xsuka org hahaa..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama