Siapa Dia Dahulunya Bagaimana Kita Sekarang Dan Akan Datang

SIAPA DIA DAHULUNYA BAGAIMANA KITA SEKARANG DAN AKAN DATANGبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Adalah sangat penting dan perlu ada rasa bersyukur dalam diri setiap insan. Siapa pun kita. Malahan haiwan dan tumbuhan pun tahu mensyukuri nikmat cuma kita sahaja yang tidak memahami cara dan gaya bahasa mereka mengungkapkan rasa berterima kasih dan bersyukur kepada Allah swt. Setiap makhluk ada cara masing-masing juga. Cuma Allah swt yang Maha Mengetahui.

Semalam. hari ini. Esok. Tidak sama ceritanya. Berbeza segenapnya apa yang akan kita telah, sedang dan akan lalui. Kalaupun kita sudah mempersiapkan sesuatu itu sebagaimana yang kita mahu atau rencanakan, bukan bererti ianya akan tetap begitu juga kerana bila Allah swt mahu mengubah atau menjadikan ianya lain dariapda apa yang kita mahukan tentu sahaja bukan suatu yang aneh dan sangat-sangat tidak mustahil.

Bertemu sesaat. Berbicara seminit. Bersua muka seharian. Itu belum cukup untuk saling mengenali seseorang siapa di hadapan kita. Begitu juga orang lain terhadap diri kita. Bagaimana kisah silamnya. Apakah sejarah manis dan pahit sepanjang perjalanan hidupnya sehingga dia atau kita berada di hadapan satu sama lain. Sedangkan hidup berpuluh tahun tetap sahaja masih berlaku pertengkaran dan bercanggah buah fikiran serta terkadang tidak sehaluan pendapat, kerana manusia itu bila-bila masa sahaja boleh berubah hati, fikiran dan tingkahlakunya.

Bila kita bertemu atau berada dilingkungan baharu tidak kiralah di mana sahaja dan dengan siapa sahaja juga, kena ingat dan sentiasa sedar diri bahawa kita semua sama. Pada pandangan Allah swt yang membezakan adalah hati kita sahaja. Daripada hati itulah terpamir melalui lisan dan tingkahlaku atau tindakan seterusnya yang bakal dilakukan. Tidak pernah rugi orang yang sentiasa rendah hatinya dan sopan lisannya ketika menyantuni orang lain yang baik yang kita kenali atau baru kenali dan tidak kenali. Selagi mana kita boleh layan dengan baik, layanlah dengan baik dengan syarat kita tidak berada dalam keadaan tertindas atau sengaja ditindas oleh orang lain. Sekiranya kita berada dalam keadaan tertindas atau ditindas oleh pihak atau orang lain bangkitlah membela diri atas landasan kebenaran.

Banyak kebenaran yang kita tidak ketahui. Siapa dia dahulu. Orang yang baharu kita kenali atau temui, kita tidak kenal dia. Dia pun tidak kenal kita. Kenal itu ada dua alurnya, kenal cuma sekadar kenal-kenal sahaja atau kenal memang sesungguhnya benar-benar mengenali. Dua alur yang berbeza. Jauh berbeza. Mesti kena pandai bezakan. jangan suka hati bantai semacam macam tahu semua dan segala-galanya. Andai kita berdiri dengan segala kesenangan dan kemudahan yang telah kita usahakan dan miliki, ingat yang semua itu adalah pinjaman daripada Allah swt. Bila pinjam bererti sementara sahaja boleh diambil bila-bila masa. 

Kalau dengan berjaya atau kayanya kita hari ini membuatkan kita pandang kecil terhadap orang lain dan berasa sudah cukup besar ketika mahu menghulurkan bantuan adalah lebih baik tidak melakukannya kerana semua akan menjadi dan berubah kepada perbuatan yang paling sia-sia. Membangga diri itu tidak semata-mata dengan kata-kata, boleh jadi dengan perbuatan juga. Atau tidak dengan perbuatan tapi dengan kata-kata atau lisan seperti memperkecilkan dan mempermalukan orang lain itu pun sama juga hujungnya. 

Sangat perlu belajar menghormati dan menghargai orang lain. Awak tidak kenal siapa yang mahu awak bantu. Atas dasar mahu membantu cukup lunaskan niat mahu memberi bantuan itu sebagaimana yang telah awak niatkan. Jangan cuit kisah silam orang lain. Jangan membandingkan antara diri sendiri dengan orang lain. Siapa dia dahulunya kita tidak pernah tahu boleh jadi dulunya dia sangat lebih baik segenap sudut dalam sejarah hidupnya juga sangat jauh tinggi prestasinya dibandingkan kita. Kalau hari ini kita sudah berasa pada satu tahap yang mapan, adakah pernah kita bayangkan bagaimana kita di masa akan datang nanti. Bagaimana kita sekarang dan akan datang boleh sahaja berubah tempat dengan nasib yang berbeza jauh. Boleh jadi hari ini kita mampu dan membantu, satu masa kita pula yang menerima dan menagih bantuan daripada orang lain. Siapa tahu.

Jaga lisan. Hati-hati selalu. Sekian

Tinta Perdu Cinta ❤
Siapa Dia Dahulunya  Bagaimana Kita Sekarang Dan Akan Datang

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Wkmsalam
    Ketentuan kita Allah yang aturkan

    BalasPadam
  2. i as a person, memula kenal reserve sikit. bila dah lama kenal, emmmm.. tak cukup jam sembang.

    BalasPadam
  3. Dimana dan dengan siapa. kita semuanya sama.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama