بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
SEKENCANG-KENCANGNYA LARIAN
Mencari garisan
Di mana garisan
Semakin menjauh
Atau
Semakin mendekat
Lelah
Adat manusia biasa
Ada rasa lelah yang bukan olol-olok
Ada rasa lelah yang boleh ditahan
Ada rasa lelah yang tidak boleh diselindung
Kencang
Sekencang apa
Larian
Ke mana
Apa nawaitunya
Apa sasarannya
Di mana penyudahnya
Hidup ini
Aku dan kau
Kita dan mereka
Perlu kencang berlari
Perlu juga santai menikmati
Apa yang perlu digesa
Hingga tergesa-gesa
Mahu berhujung binasa
Ah janganlah
Nanti sia-sia juga
Sekencang-kencangnya larian
Ada masa tewas juga
Nafas dan nyawa
Milik Tuhan
Kalau benar mahu sekencang-kencangnya
Kencanglah mencari redha Tuhan
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sekencang-kencangnya Larian
Tags:
Santai
Minda pun mesti selari kencangnya...
BalasPadamSelamat berhujung minggu kak PC
BalasPadamHati, akal dan fikiran pun kena selari kencangnya agar orang tidak amik kesempatan pada diri kita
BalasPadamLarian Kencang yang baik untuk sesuatu perkara baik pasti kencang juga mendapat ganjarannya :)
BalasPadamSelamat berhujung minggu kak
BalasPadamZiarah nak baca paparan blog..terbaik
BalasPadam