Sekencang-kencangnya Larian

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SEKENCANG-KENCANGNYA LARIAN

Mencari garisan
Di mana garisan
Semakin menjauh
Atau
Semakin mendekat

Lelah
Adat manusia biasa
Ada rasa lelah yang bukan olol-olok
Ada rasa lelah yang boleh ditahan
Ada rasa lelah yang tidak boleh diselindung

Kencang
Sekencang apa
Larian
Ke mana
Apa nawaitunya
Apa sasarannya
Di mana penyudahnya

Hidup ini
Aku dan kau
Kita dan mereka
Perlu kencang berlari
Perlu juga santai menikmati
Apa yang perlu digesa
Hingga tergesa-gesa
Mahu berhujung binasa
Ah janganlah
Nanti sia-sia juga

Sekencang-kencangnya larian
Ada masa tewas juga
Nafas dan nyawa
Milik Tuhan

Kalau benar mahu sekencang-kencangnya
Kencanglah mencari redha Tuhan

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sekencang-kencangnya Larian 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Minda pun mesti selari kencangnya...

    BalasPadam
  2. Hati, akal dan fikiran pun kena selari kencangnya agar orang tidak amik kesempatan pada diri kita

    BalasPadam
  3. Larian Kencang yang baik untuk sesuatu perkara baik pasti kencang juga mendapat ganjarannya :)

    BalasPadam
  4. Ziarah nak baca paparan blog..terbaik

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama