Header Ads

TERTUNAI KEMPUANAN BANANA FLAVOURED MILK DAN LACTOSE FREE FRESH MILK

TERTUNAI KEMPUANAN BANANA FLAVOURED MILK DAN LACTOSE FREE FRESH MILKبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Halah halah halah. Macam apa je kan. Eh, jangan buat main-main pasal rasa teringin ni. Ada orang kata kalau teringin ni macam mengada-ngada gitu. Tak kisahlah ko ngandung ke atau ko tak ngandung ke. Dah kalau nama teringin bukannya kira. Tak gitu. Haa. Jangan pandang ringan dan jangan anggap disengajakan. Mahu jadi macam maknya si Pekan gara-gara telur ikan tembakol lari merajuk masuk dalam gua.

Sebenarnya, apa yang nak disampaikan adalah tak kira siapa pun mesti ada keinginankan. Baik itu nak makan makanan yang sedap-sedap ke, nak minum yang sedap-sedap juga ke atau nak beli sesuatu yang sudah lama diidam-idamkan. Lain orang lain mahunya. Setiap orang ada senarai sendiri. Sama ada bertulis atau simpan dalam otak dan hati. Selagi tak dapat, belum tertunai selagi itulah rasa ada yang sangkut atau beban kecil.

Sudah beberapa hari la en suami cari BANANA FLAVOURED MILK ni, setiap kali pergi kedai mesti dah habis katanya. Pergi dua tiga kedai asyik cakap stok belum sampai bang. Laku keras bang. Orang sekali beli banyak bang. Betul-betul berhantoo ni. Kami pun naik hantoo dibuatnya. Kikikikiki. Sebenarnya memang belum rezeki dapat beli dan minum je. Tak gitu. Bila dah memang rezekinya sekali pergi, alhamdulillah ada. Belilah tiga kotak yang BANANA dan dua kotak LACTOSE FREE tu.

TERTUNAI KEMPUANAN BANANA FLAVOURED MILK DAN LACTOSE FREE FRESH MILK

Farm fresh ni agresif juga sebenarnya. Kerap mengeluarkan produk dengan perisa baharu dan terkini. Setahu PC BANANA ni yang terkinilah. Oleh kerana yang LACTOSE FREE  ni pun kami belum pernah minum dan rasa makan en suami pun belilah. Ada orang tak boleh minum yang plain fresh milk ni. Ada orang semua pun tekaknya boleh terima. Macam PC dan en suami alhamdulillah setakat ni boleh terima, cuma sama ada dengan kuantiti sedikit atau banyak sahajalah apa sahaja produk keluaran Farm Fresh.

TERTUNAI KEMPUANAN BANANA FLAVOURED MILK DAN LACTOSE FREE FRESH MILK

Tertunai kempunan banana flavoured milk dan lactose free fresh milh daripada Farm Fresh. Syukur. Untuk perisa banana tu PC suka sangat. En suami pun sekali cuba minum dia kata sedap. Tak adalah rasa perisa yang pekat dan berat pada lidah dan tekak. Rasanya tak kuat itu yang PC suka. In sya Allah kalau minum banyak pun tak ada rasa muak (loya atau hendak muntah dan mual). Puas hati. lagi satu, kalau nak minum fresh milk, tapi dalam masa sama nak susu yang bebas laktosa, ya, ini juga jawapan dan solusinya. Boleh la minum lactose free dari Farm Fresh ni. En suami yang beli, isterinya bagi review percuma dari hati dan pengalaman. Benda baik kita kongsilah. Mengapa tidak. 

Kesimpulannya, apa pun yang kita rasa baik, tetap sahaja perlu bataskan diri dan terus sederhana. Beringat selalu juga ya. Dengar macam en suami nak beli lagi katanya. Can malican hoi hoi. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
TERTUNAI KEMPUANAN BANANA FLAVOURED MILK DAN LACTOSE FREE FRESH MILK






logoblog

9 ulasan:

  1. SA akan buat pernagai macam ni bila nak datang bulan...seminggu tu memang emosi tak stabil kalau x dapat apa yang SA nak...mengada betul rasanya

    BalasPadam
  2. Dah macam macam flavour susu farm fresh ni. Tak terkejar nak cuba rasa. Setakat susu kurma je pernah rasa.
    Alhamdulillah lepas kempunan nak merasa kan.

    BalasPadam
  3. Perisa baru masuk lagi, tak sempat rasa lagi. boleh cuba lepas ni.

    BalasPadam
  4. wah tertunai hajatnya Alhamdulillah

    BalasPadam
  5. OOoo... Peminat Farm Fresh rupanya...

    (Entry / tulisan yang menarik... Best!)

    BalasPadam
  6. aiiyooo..shida belum sempat lagi nk beli nih...aduhai kena cari juga^^

    BalasPadam
  7. tak try lagi ni. saya suka produk farm fresh

    BalasPadam
  8. Mrs. A suka flavor latte FF yang banana belum pernah rasa lagi

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..