BILA SUDAH BETUL SYUKURI BILA TERSILAP PELAJARI LAGI. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Roti oh roti. Roti menjadi salah satu makanan dan pilihan terbesar juga masyarakat kita selain nasi menjadi makanan ruji seharian. Kecuali bagi mereka yang memamg sedang dan memilih untuk puasa nasi atau karbohidrat termasuklah roti. Itu usaha dan pilihan masing-masing. cara orang tidak sama dalam usaha menjaga kesihatan dan mendapatkan berat badan yang ideal.
Gardenia memag dah lama menjadi pilihan keluarga PC. Daripada zaman cuma roti putih sahaja sampailah sekarang sudah ada beberapa roti berperisa dikeluarkan oleh Gardenia. Semua sedap dan memenuhi citarasa kami sekeluarga. Terkini pandan kelapa. Pun alhamdulillah PC dah rasa juga. Sedap. Tapi yang selalu ada stok di rumah roti putih dan gardenia butterscotch.
Biasalah, nama pun promosikan. Strategi memperkenalkan keluaran baharu makan yang lama dan sedia ada menjadi ajen bantu promosi. Roti putih yang memang terlebih dahulu terkenal dan dikenali, bantu promosi dan perkenalkan adik baharunya Gardenia pandan kelapa. nah, di sinilah yang sering buat pembeli keliru. Sekali pandang terus ambil, bayar dan bawa pulang. Disangka perisa pandan kelapa alih-alih roti putih sahaja. Aku ditipu. Tertipukah aku. Gitu. Ada juga yang tidak tersalah beli kerana memperhatikan betul-betul terlebih dahulu sebelum mengambil. Mungkin ada yang tersalah juga kerana cma melihat sepintas lalu sahajakan.
Bila sudah betul syukuri bila tersilap pelajari lagi. Mahunya lain yang diambil lain. Itu lumrah terjadi. Roti ni cuma salah satu contoh mudah yang PC gunakan. Kecil sahaja sebenarnya tapi besar kesannya kepada kita dan menarik perhatian jugakan. Begitu jugalah dalam kehidupan kita yang telah, sedang dan akan kita jalani ke depannya. Bila kita dapat lakukan sesuatu dengan betul, kena cepat-cepat ucap syukur. Syukuri jangan sombong kerana ada masanya kita tetap sahaja akan lakukan kesilapan dan tersilap itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Bila tersilap pelajari lagi. Belajar tidak semestinya perlu ada buku dan pen. Tidak semestinya sentiasa perlu ke sekolah sahaja kerana pelajari sesuatu setelah tersilap itu adakalanya adalah daripada pengalaman yang kita lalui.
Bukankah semuanya memerlukan proses. Asalkan tidak selalu tersilap kerana bila selalu tersilap itu bererti tidak pelajari sesuatu daripada yang telah terjadi. Kesimpulannya, bila sudah betul bukan bererti tidak boleh tersilap atau salah. Apabila tersilap pula bukan la bermakna tiada peluang untuk bertukar menjadi betul dan lebih baik. Segalanya mungkin terjadi sebenarnya ya.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
BILA SUDAH BETUL SYUKURI BILA TERSILAP PELAJARI LAGI
Tags:
Santai Peribadi
Sedap perisa pandan kelapa ni. Cida lagi suka butterscotch. baru-baru officemate Cida pun sama, tersalah beli. rupanya siputih yang dapat.hehe
BalasPadamBetul tu..kdg2 kalau xde kesilapan kita pun xsedar diri kan hehee
BalasPadamtq sharing PC!
Manusia tu lemah. Tak lepas dari terus lakukan silap dan salah. Sebaiknya usaha lagi utk jd yg terbaik.
BalasPadamHehe. Bukan PC seorang. Rasanya Gardenia tak ada niat nak menipu, tapi kita yang 'tertipu'
BalasPadamapa pun sntiasalah kita bersyukur pada sang Pencipta..
BalasPadammengaku silap lebih baik... akak pun tertipu dgn gardenia ni... hehe... cepat je ambil tak baca betul2... hehehe
BalasPadam