Header Ads

Tidak Rugi Membumi

TIDAK RUGI MEMBUMI | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Melangit itu bagus. Tapi terlebih melangit membinasakan diri kalau tidak beringat.Boleh jadi nanti dibenci orang dan paling menakutkan dibenci Tuhan. Bahaya sangat!.Walau cuba menutupi perangai.Walau cuba ramai yang membela.Semua mesti berhati-hati juga. Ada baiknya membumi(merendah diri dan rendah hati). Tidak rugi membumi.

Tidak rugi membumi. Memang tidak rugi membumi. Menguntungkan diri sendiri dan memudahkan urusan orang lain juga. Situasi akan menjadi lebih mudah dan lancar. Kalau melibatkan sebarang urusan pun..urusan tersebut akan menjadi lebih terurus dan menjimatkan masa.

Percayalah,bila mana sentiasa membumi hidup inshaAllah menjadi lebih tenang. Walaupun bukan unutk minta dipuji atau dihargai..dengan cara rendah hati dan merendah diri itu lebih disenangi di mana sahaja berada. Cuma perlu sentiasa berhati-hati kerana akan ada yang suka mengambil kesempatan walaupun pada situasi yang suka melangit akan tetap ada yang sentiasa mengambil kesempatan. Sekurang-kurangnya,tidak tercemar akhlak dengan sikap yang dibenci Tuhan. Riak dan sebagainya.

Mahu dibenci Tuhan dan sesama insan itu sangat mudah. Ingkar. Sombong. Maka dibencilah. Mahu disisih insan dan disayangi Tuhan caranya pun mudah..kurangkan rasa cinta pada dunia [PC rasa susah nak praktikkan ni]. Kalau mahu disayangi sesama insan dan Tuhan..hiduplah dalam kesederhanaan, merendah diri dan rendahkan hati..inshaAllah banyak perkara baik mendekat.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tidak Rugi Membumi



logoblog

5 ulasan:

  1. Betul tu PC. Orang yg sentiasa merendah diri akan disenangi semua orang dan disayangi Allah. Tak rugi sedikit pun.

    BalasPadam
  2. paling takut sebab kita terlalu kejarkan dunia.. hurmm

    BalasPadam
  3. Betul. Jangan leka sangat melangit sampai takut untuk membumi.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..