Header Ads

Ringan Mulut Menegur Harus Ringan Hati Menerima Teguran

RINGAN MULUT MENEGUR HARUS RINGAN HATI MENERIMA TEGURAN |بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Merah padam muka macam kena api. Macam luka yang masih basah berdarah tersiat kulitnya. Sampai ke telinga merah menyala oii. Beginilah bila kita melihat orang lain kena tegur baik teguran yang ringan tapi pedas atau yang berat tapi halus dan perlahan. Tidak mustahil begini juga rupa kita bila ditegur lebih-lebih lagi dikhalayak. Allahu. Justeru mahu menegur perlu tahu adabnya. Mesti dengan akhlak dan ilmu juga walau cuma sedikit.

Tiada manusia yang bebas daripada lakukan kesalahan. Apatah lagi tidak lakukan dosa. Tentu akan ada sahaja khilaf yang dilakukan sengaja atau sebaliknya. Kerap atau cuma sesekali. PC sendiri akui PC banyak khilaf. Kadang dah tahu salah eh dibuat juga. Kadang tu macam degil kita ini umat Nabi Muhammad akhir zaman. Lagi dilarang lagi nak buat. Lagi diingatkan lagi berganda melawannya. MasyaAllah.

Kembali kepada tajuk yang panjang kelihatan seperti marah bunyinya. RINGAN MULUT MENEGUR HARUS RINGAN HATI MENERIMA TEGURAN. Ada orang ringan mulut tapi ringan mulutnya tu dengan urusan dia sendiri. Contoh mudah ringan mulunya cuma asyik nyanyi bila celik mata. Sedap tak sedap suara belakang cerita, katanya telinga sendiri yang dengar. Kali ini ringan mulut menegur. Jenis bertapis ada maaf lagi. Boleh bertolak ansur lagi. Apa yang sering menjadi masalah bila ringan mulutnya suka terbabas. jangan harap nak ditapis. Jangan berangan nak dengar yang muluk-muluk. Hui. Ini yang paling mahu dijauhi. Kalau jumpa orang macam ni sanggup sembunyi dalam tandas sambil baca komik. 

Sekali awak sembur orang orang buat tidak kisah. Dua kali awak sembur lagi orang mula perasan. Kali ketiga dan seterusnya awak juga kena bersedia. Sediakan hati, ringankan ia untuk menerima teguran semula tanpa terus menolak. Ini yang susah untuk dilakukan. Kalau boleh lakukan maka teruskan dengan ringan mulut condong negatif awak. Kalau tidak boleh, rasa hati berat menerima teguran atau bentakkan semula, maka gali cara terbaik untuk ringan mulut menegur orang lain sesuka hati.

Ingat setiap hari kita bertemu bergaul dan berhubung dengan sesama manusia. Manusia yang ada hati disitu ada rasa. Ada lisan yang boleh dibendung dan ada lisan yang sukar dikawal. Bukan cuma ketika bercakap, dalam hal apapun sebelum dilakukan sila letakkan diri sendiri ditempat. InshaAllah kita boleh bila mahu.

Sesekali perlu berkasar pada yang terlalu kasar supaya tahu had yang lembut tidak boleh sesukanya dikasari walau cuma dengan mulut yang menegur. Sekian. Terima kasih.

Tinta Perdu Cinta ❤
Ringan Mulut Menegur  Harus Ringan Hati Menerima Teguran 



logoblog

5 ulasan:

  1. teguran yang lembut terkesan dihati berbanding teguran yg kasar

    BalasPadam
  2. saling tegur menegur kesilapan n terima positif

    BalasPadam
  3. Yg ditegur harus menjauhi ego utk menerima teguran..

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian ni PC

    BalasPadam
  5. itu lah manusia.. buat salah, mintak ampun pada Allah.. kemudian buat salah lagi.. tapi Allah sntiasa membuka pintu taubat pada hambaNYA.. baiknya Allah ..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..