APA ADANYA DAN ADANYA APA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Syukur atas segenap nikmat yang telah, sedang dan akan Tuhan pinjamkan kepada kita. Bersyukurlah dengan sebenar-benar rasa bersyukur sebagai seorang hamba. Rendah hati.
In sya Allah banyak urusan mudah dan lancar unuk dilakukan. Walaupun mungkin ada sahaja yang tidak suka atau memilih untuk memusuhi, kebaikkan akan menjadi benteng. Aamiin.
Apa adanya. Tidak semua orang boleh terima apa adanya kerana sifat manusia mahu lebih. Siapa yang tidak mahu lebih. PC sendiri pun mahu lebih. Jangan beranggapan mahu lebih itu tamak atau tidak bersyukur kerana tidak semua orang mahu lebih dan mendapatkan lebih dengan niat dan cara yang salah ya. Kalau mahu lebih, dengan cara yang betul dan dengan tujuan yang betul, juga dengan usaha yang lebih dan betul, mengapa tidak.
Apatah lagi kalau lebih itu boleh jadi bantuan kepada yang memerlukan. Walau mungkin sukar dengan sebarang hambatan, maka berada pada paras apa adanya, itu juga tidak menjadi masalah. Tidak hina juga. Tuhan sentiasa memberi dan menetapkan kecukupan.
Adanya apa. Kalau apa adanya kadang menjadi bicara dan pandangan sinis orang lain, tidak adanya apa. Biasanya ini yang menjadi daya tarikan dan sering menjadi perhatian sama ada disedari atau tidak disedari. Sering juga menjadi dambaan dan pilihan bagi orang lain untuk mendekati bila tahu adanya apa pada seseorang itu.
Boleh mahu hidup selesa dan lebih baik, tidak salah. Asalkan jangan guna jalan singkat dengan mencari adanya apa seseorang itu. Tak kiralah ketika mahu berkawan, dengan saudara mara atau berpasangan. Tidak mustahil nanti niat keruh itu terungkap dan menimbulkan rasa sedih dan kecewa yang bukan main-main.
Apa adanya dan adanya apa. Adanya kerana atas mahunya DIA. makhluk cuma berusaha dan berdoa. Takdir itu milik mutlak Allah swt. Tapi usaha, doa dan tawakal itu Allah swt beri kepada makhluk. Maka seadanya kita dengan sederhana dan kecukupan disyukuri, kalau nanti adanya barangkali lebih tetap mesti lebih-lebih lagi mensyukurinya.
Kalau kita boleh menerima apa adanya, in sya Allah adanya apa nanti tidak mudah buat kita lupa daripada siapa dan dari mana asal usul semuanya sebelum sampai kepada kita.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
APA ADANYA DAN ADANYA APA
Tags:
Santai
betul semua
BalasPadamkeselesaan yg didambakan semua manusia
semoga dihindari dari sikap tamak pd KEDUNIAAN semata mata
kalau dilihat pd era kini itulah yg dikejar
Ya Allah jauhilah kami
biarlah apanya ada hari ini kami syukuri akan nikmatnya
terima kasih PC kerana sentiasa menyampaikan tazkirah kpd diri ini yg alpa akan nikmatNya.
BalasPadam