Lawan Dengan Cara Paling Bijak Dan Santunilah

LAWAN DENGAN CARA PALING BIJAK DAN SANTUNILAHبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Rasa mahu melawan dan berlawan itu ada. Ada pada diri setiap orang. Cuma apa alasan dan apakah caranya itu berbalik pada diri masing-masing sahaja. Setiap orang ada pendekatan yang tidak sama. Penerimaan dan pemulangan juga ada beza. Ada banyak ragam sesuai tuntutan situasi.

Kalau boleh, sesakit apa pun perasaan yang dirasai dan perlu ditanggung, sebolehnya lawanlah dengan cara paling bijak dan kemudian santunilah. Buat salah kemudian minta maaf itu bagus. Tapi lebih bagus jangan buat salah supaya tidak perlu minta maaf. Kerana setelah buat salah, kemudian minta maaf, parutnya dan rasanya tetap akan bersisa dan terukir dihati dan fikiran. Agak mustahil kita tak buat salah kerana kitakan manusia biasa. Betul dah tu. Setuju PC, namun terkadang kalau betul-betul kita teliti, ada kesalahan yang tidak wajar dan tidak perlu dilakukan pun kalau akal yang Allah swt pinjamkan tu kita menfaatkan betul-betul. 

Sabar dan bertindak wajar itu tiada had tapi kemampuan kita untuk sabar dan selalu bertindak wajar ada batasnya. Bila sudah berada pada tahap hati benar-benar marah, lawanlah pihak lawan dengan cara yang paling bijak. Patahkan dengan perlahan. Tumpulkan dengan cermat. Diamkan dengan halus. Kalau mampu dan besar hati, santuni dengan sebaik-baiknya. Kadang ianya lebih menyakiti pihak lawan berbanding harus bertegang urat atau tunjuk urat lengan. Memang susah kita nak buat kerana tidak semua orang ''paham bahasa'', kadang semakin ita diam semakin dia menjadi-jadi, semkain tunjuk perangai, tak apalah, sekali lagi, kalau kuat hati senyumkan sahaja. Doakan dia. Doakan. Apa yang Allah swt nak beri kepada dia itu biar Allah yang tentukan. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Lawan Dengan Cara Paling Bijak Dan Santunilah

6 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Satu peringatan yang sangat menusuk.. TQ PC..

    BalasPadam
  2. back every day. It’s great to have a place like this. I’ll come often. Great work! 토토사이트

    BalasPadam
  3. Thanks on your marveous posting! dependably manufacture astonishing entities
    Please always write good comments 경마

    BalasPadam
  4. I have been reading your blog posts for month and its been the greatest thing I am doing in past few months. keep up the good work for sharing the information. 바카라사이트

    BalasPadam
  5. Great post! I am actually getting ready to across this information, is very helpful my friend. 카지노사이트

    BalasPadam
  6. doa juga adalah cara lawan paling agong

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama