HIDUP DAN BERKASIH SAYANG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Direzekikan lagi Jumaat untuk kita hamba nikmati. Penghulu segala hari. SubhanaAllah. Segala kebaikkan digandakan ganjaran pahalanya. Allahu. Selawat dan salam untuk mu wahai kekasih Allah. Nabi Muhammad saw. Al Fatihah untuk diri kita sendiri, untuk suami atau isteri kita, untuk ibu ayah kita, adik beradik kita, saudara mara, kawan-kawan dan kepada sesiapa sahaja sama ada yang masih ada atau yang telah kembali kepadaNYA.
Al Fatihah [dibaca]
Kita masih hidup, bererti kita masih ada peluang dan ruang. Ada. Tak kisahlah walau peluang itu kecil dan sedikit sahaja. Macam cahaya yang bersinar, walau kecil dan jauh tetap memancarkan sinarnya. Tetap memberi kesan bayang pada siapa dan apa pun yang mendekatinya. Begitulah hidup. Hidup bukan cuma hidup. Hiduplh sebagai hamba yang menghidupkan. paling tidak pun menghidupkan semangat orang lain untuk terus berjuang demi kehidupan.
Hidup dan berkasih sayang. Dengan cara yang betul dan sihat. Dengan cara yang bersih dan selamat. Ya, hidup dan berkasih sayang sesama insan dan sesama makhluk. Hidup dan berkasih sayang dengan positif walau caranya tidak sama tapi kalau matlamatnya satu in sya Allah tidak tersasar.
Semai rasa berkasih sayang itu dalam diri kita. Dalam kasih sayang ada saling menghormati, sentiasa menghargai, selalu melindung dan tidak bosan menasihati. Luas erti berkasih sayang yang betul. Jangan sempitkan otak, asal berkasih sayang cuma berkisahkan cinta dengan pasangan sahaja, hidup perlu kasih sayang, tapi tidak mermakna bila sebut berkasih sayang, kita kena berkasih sayang, eh ko pergi kacau kebahagiaan orang lain ya. Kalau ko berjaya pun bahagianya sekejap je. Tak berkat oi. Bahaya. baik JANGANLAH.
Hidup tidak berkasih sayang maka banyak jiwa-jiwa yang terkorban dan merana. Banyak nyawa-nyawa yang terkorban juga. Haiwan pun pandai berkasih sayang. Tumbuhan pun tahu berkasih sayang, cuma dengan cara merekalah. memang hidup tidak cuma berkasih sayang, sekurang-kurangnya daripada adanya rasa kasih sayang itulah buat kita lebih sedar, lebih rajin, lebih bertanggungjawab dan lebih tahu menilai juga berterima kasih.
Sementara hidup, berkasih sayang kerana Allah. Jaga silaturahim sesama. Nanti bila sudah beralih alam dan kehidupan sudah bukan waktu lagi untuk berkasih sayang dan lainnya juga.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
HIDUP DAN BERKASIH SAYANG
Tags:
Santai
saling kasih sesama insan
BalasPadamBetul... makhulk lain pun perlu kasih sayang....
BalasPadambetul
BalasPadamtanpa kasih sayang hancurlahhhh semua nilai2 kemanusiaan kita
Salam Silaturrahim..
BalasPadam