Rapuh Dan Rempuh

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

RAPUH DAN REMPUH

Hati ini rapuh
Rapuhnya sukar ditangguh
Terlalu pantas mengisyaratkan rasa
Terlalu pantas menghantar berbaurnya bisikan
Ya terlalu rapuh
Maka mengalirlah air mata
Bak pecahnya satu empangan yang sarat
Tidak mampu ditanggung
Jauh sekali ditampung
Kian deras

Fikiran ini juga rapuh
Rapuh untuk menolak andaian
Rapuh untuk menutup hasutan
Rapuh untuk menidakkan walau sekadar yang bukan-bukan
Astarghfirullah
Rapuh keterlaluan
Melangkau batas tidak bertujuan
Leka adanya Tuhan
Sumber pertolongan

Dikala hari dan fikiran rapuh
Jasad tetap mahu merempuh
Merempuh sekuatnya kudrat
Walau cuma mampu menyelinap dicelah kerapuhan
Bangkit
Rempuh
Sekuat-kuatnya
Kembali pada titik kenyataan
Cari satu garis qada dan qadar Tuhan

Rempuh dalam kesedaran
Sedar diri mewah kekurangan
Ujian Tuhan itu bertebaran
Untuk sesiapa sahaja
Menjadi rapuh dan boleh dirempuh

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Rapuh dan rempuh


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama