Header Ads

ISI HATI DAN LINTASAN FIKIRAN DI MANA-MANA

ISI HATI DAN LINTASAN FIKIRAN DI MANA-MANA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Sabtu dah ya. Alhamdulillah. Semoga semua dalam kasih sayang Ilahi sentiasa tak kiralah di mana pun berada ketika ini. Kalau sedang beraktiviti, selamat beraktiviti. kalau tengah santai-santai sahaja selamat bersantai juga. Rehatkan tubuh. Tubuh kita pun perlu juga diberi peluang untuk rehat sebaik-baiknya. 

Zaman semakin maju. Manusi sudah semakin pintar dan cepat bertindak. cergas dan cerdas. Kadang tidak perlu ke mana-mana pun semuanya cukup sekadar diakses dengan mudah. Hujung jari itu yang memilih dan membuat keputusan. Hujung jari itu yang tentutkan juga lorong mana nanti. Di mana destinasi akhir sekali. Klik jangan sembarangan klik. 

Kalau semua serba serbi mudah, bererti isi hati dan lintasan fikiran pun mudah diketahui dari mana-mana media sosial yang diaktifkan untuk kegunaan peribadi. Kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang mengikuti akan mendapat akses dengan mudah dan cepat. Apatah lagi dalam keadaan sekarang. Sudah lama hidup dalam tekanan dan cabaran yang bukan ringan untuk dibahas. 

Keluh kesah, rasa marah, perasaan tidak berpuas hati, kesedihan, kegembiraan dan bermacam lagi. Boleh kita lihat dan turut sama merasakannya. Tinggal pilih sahaja mahu ikut yang mana. mahu terpengaruh yang seperti apa dan mana yang perlu disingkirkan. Toksid ada di mana-mana. Tapi kita berhak untuk pilihkan. makan pilihlah mana yang baik.

Jadikanlah ilmu macam lampu hijau. Kenderaan dibolehkan jalan tapi tetap perlu ikut peraturan dan laluan yang betul. Sama-sama dapat manfaat dan sama-sama selamat in sya Allah. Manakala iman jadikan seperti lampu merah. Kalau rasa-rasa tidak betul terus hentikan. Terus buang dan jangan ulang. 

Kesimpulannya, isi hati dan lintasan fikiran kita boleh-sahaja dikongfsikan unutk tatapan umum cuma pandai-pandailah pilih-pilih. Mana yang perlu dan mana yang tidak boleh. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
ISI HATI DAN LINTASAN FIKIRAN DI MANA-MANA


logoblog

1 ulasan:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..