Dah Gila Ke

DAH GILA KEبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Tiga perkataan sahajakan. Tapi boleh buat hati terguris. Lebih-lebih lagi bila yang bercakap tidak tahu apa-apa. Atau tidak rapat mana pun. Atau dah tahu keadaannya seperti apa tapi tergamak berkata seperti itu. Dah gila ke. Aduh, sakit. Pedas. Berbisa. Bergurau pun perlu jaga bahasa. Kalau orang lontarkan semula boleh terima tak. Ahaaa. Fikir-kikirkan.

Biasa tapi kurang orang lakukan. Ramai orang buat cuma kita je yang tak tahu. Atau biasa sangat dan telah biasa orang buat pun. Nampak tak keadaan berbeza-beza. Orang lain yang mana dan kita ditahap yang mana. Dah gila ke. Boleh jadi amarah walau sekadar gurau suka-suka. Hati-hati, suka boleh jadi duka dan luka. Seriuskan PC. Berdasarkan isu semasa banyak yang bermula sekadar suka-suka, dan cuma dianggap gurau semata-mata tapi hujung akhirnya lain cerita. Cuma kadang manusi yang malas belajar dan tidak jadikan ingatan atau sempadan berperilaku.

Contoh paling mudah dan paling ringan. Bercakap dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan peliharaan. Ini contoh ringkas sangat. Adakah orang yang bercakap dengan tumbuhan yang dia tanam, bercakap dengan haiwan peliharaan  itu gila. Tukang jahit pun kadang cakap dengan jarum dan benang. Nampak tak. Kalau kita sedia maklun seseorang itu memang waras zahir dan batin, tapi ada hobi bercucuk tanam atau memelihara haiwan kesayangan atau haiwan ternakan, berbicaranya dia itu bukan gila dan jangan dianggap gila. Kalau bagi PC ianya suatu yang normal. 

Komunikasi selesa itu penting. Ada masa perlu dua hala dalam berkomunikasi. Ada masanya macam nampak sehala komunikasinya tapi tanpa sedari ianya turut melibatkan komukasi  dua hala cuma dengan cara yang berbeza-beza. Gila dengan gila-gila ada bezanya. Ada yang boleh terima dengan polos hati an fikiran. Ada yang sebaliknya. Bila sebaliknya kena bersedia dengan akibat.

Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Dah gila ke.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kadang tak sengaja mereka tersebut, tak sengaja juga mengguris hati kan PC

    BalasPadam
  2. SA selalu kena...kadang terasa hati..tapi tu la...orang kalau bercakap x guna otak memang mudah mengguriskan hati kan...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama