BERTANGGUNGJAWAB KERANA TUGAS DAN RASA KEMANUSIAAN. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Apa sahaja kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita itu adalah satu amanah. batu satu kerja, dua kerja atau ada banyak cabang dan lapangan yang kita mahu kerjakan. Bila mahu lakukan bererti ada tanggungjawab kita ke atasnya yang mesti dilaksanakan sebaik mungkin semampunya dengan bersungguh-sungguh.
Bekerja sendiri mungkin kurang sedikit beban tanggungjawab kepada orang lain, kerana kita majikan dan kitalah pekerja. Cuma kena lebih usaha dan lebih pantas mencari peluang dan mengisi ruang di mana ada peluang dan ruang yang perlu dan boleh diisi. Berbanding jika kerja atau bertugas di badan-badan atau unit-unit tertentu yang sudah sedia bermajikan. Tidak kisahlah awak pihak atasan atau kakitangan sokongan di mana skop kerja sudah sedia ada untuk dipatuhi dan dilaksanakan mengikut arahan.
Mungkin ada yang beranggapan kerja itu kerjalah. Masuk jam lapan pagi balik jam lima petang. Atau masuk awal pagi balik lewat malam mengikut peraturan dan ketetapan masa tempat kerja masing-masing. Sebenarnya tidak juga. PC percaya, bertanggungjawab kerana tugas itu ya suatu yang mesti dilunaskan dulu namun dalam masa yang sama rasa kemanusiaan juga perlu ada dan sepatutnya ada untuk dilakukan dan dinilai.
Rasa kemanusiaan yang mesti ada dan mesti dinilai. Penting. Bila semua orang cuma menilai tudas atau kerja itu cuma tugas dan kerja semata-mata tidak mustahil mati rasa kemanuusian yang telah ditunjukkan. Rasa kemanusiaan biasanya dilakukan tanpa ramai orang sedar dan cuma orang yang hatinya mewah empati selalu akan perasan akan hal ini. Menebalkan rasa kemanusiaan luar waktu tugas dan kerja hakiki itu perlu pengorbanan. Dan ada yang dikorbankan juga.
Contoh mudah, waktu kerja tamat jam lima petang. Tugas awak semua sudah selesai. Awak balik rumah untuk luang masa bersama-sama keluarga pula. Tiba-tiba kawan awak minta tolong awak selesaikan masalah yang sepatutnya dia selesaikan, sedangkan posisinya awak sudah berada di rumah. Baharu sahaja sampai ke rumah pun, awak keletihan, awak lapar, awak perlu masa untuk rehat, dan awak dah terangkan pun dengan dia wak letih malahan dia pun tahu awak memang sangat letih, bila awak gagahkan sudi untuk bantu itulah dia rasa kemanusiaan.
Kadang-kadang orang cuma nampak apa yang orang lain lakukan itu atas dasar ''dah itu memang kerja kau, tugas kau kan''. Tapi percayalah dalam kita menilai cuba luaskan hati dan fikiran melihat dari sudut pandang yang lebih mendasar dan luas serta jauh terhadap orang lain. Tidak mungkin orang buat kerja itu sekadar tugas sahaja, kerana PC yakin pada waktu-waktu tertentu dia lakukan tugas atas dasar rasa kemanusiannya yang paling tulus. Ini yang selalu orang tidak mahu pandang dan nilai walau hujung kuku.
Berapa ramai orang tidak mahu melunaskan tanggunjawabnya dalam kerja atau tugas. Dan berapa ramai yang sanggup lakukan susuatu atas dasar rasa kemanusiaan yang ada pada dirinya. Tidak ramai yang sanggup melunas tanggungjawab tugas sekaligus disulam dengan rasa kemanusiaannya.
Inilah kehidupan.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bertanggungjawab Kerana Tugas Dan Rasa Kemanusiaan
Tags:
Santai
Kerja cikgu ni x de istilsh 9-5. 24 jam kena kerja. Jika niat kerja itu sbg ibadah pasti x akan merungut kan?
BalasPadambetul..kalo ikutkan waktu kerja, yang malam2 wassap tu memang nak diabaikan aje..tapi sebab rasa perikemanusiaan dan takut betul2 perlu, kita gagahkan diri dan buang jauh2 perasaan sakit diganggu luar waktu kerja tu..
BalasPadamMalangnya majoriti dari masyarakat kita tiada rasa tanggungjawab dalam berkerja, apatah lagi nilai kemanusiaan..hurm..
BalasPadam