BILA BADAN LETIH AKAN MEMPENGARUHI YANG LAIN

BILA BADAN LETIH AKAN MEMPENGARUHI YANG LAIN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Badan kita ni tak selalu cergas. Tindakan kita tidak sentiasa tangkas. Tak kiralah masih muda ke, atau sudah tua ke. Sakit tak pilih siapa. Tak kisahlah awak tu siapa, umur berapa, kerja apa. Kalau dah penyakit nak datang, maka datang la dia. kan penyakit berpunca daripada mulut. Apa yang kita makan. Selain jadi dan membentuk darah daging ianya juga menyumbang kepada sihat atau sakitnya seseorang itu. Memang ada kebenarannya juga.

Tapi, ada tak orang sangat menjaga kesihatannya tetap sahaja sakit. Ada. Malah kadang penyakit yang dihadapi lebih parah berbanding dengan orang yang kurang menjaga kesihatan tubuh badannya. maksudnya buka tak peduli dengan kesihatan tapi daripada segi bab pemakanan tak ada pantang. Itu maksud PC. Sebab PC dah jumpa dua-dua situasi ini. Orang yang sangat menjaga dengan orang yang biasa-biasa sahaja apa adanya. 

Tubuh badan kita ni unik tau. Allah swt jadikan sangat istimewa dan sempurna untuk kita. Bila letih tubuh akan mengisyaratkan pada otak. Kemudian kita pun bertindak. Automatik. Bila badan kita letih, mata kita mengantuk, tidur. Bangun segar semula. Semua ada hadnya. Ada batas yang mesti kita jaga. Walau kadang terbabas juga. kadang boleh tawar menawar dengan diri sendiri. kadang paksa diri sendiri. Sehinggalah kadang letih malah keletihan sangat-sangat.

Bila badan letih akan mempengaruhi yang lain. Betul sangat. Emosi boleh turun naik berubah mendadak. Diam seribu bahasa. Mudah marah. Malas bergerak. Kalau buat sesuatu tidak bersemangat. Jadi malas pun ya juga. banyak kerja tertangguh jangan cakap. Puncanya badan letih je. besar pengaruhnya pada diri sendiri dan orang lain. Silap-sialap jadi hijau je seharian. Itu belum lagi terus hilang selera makan. Haaa. Tapi yang kurus jari kelengkeng je. Kikikiki. 

Ada banyak punca badan jadi letih. Kadang tak buat banyak kerja pun. Terlajak berfikir pun boleh buat badan letih. Kerana ada orang dia bekerja tidak menggunakan banyak tenaga tapi banyak guna otak. Tetap lebih badannyakan. Apatah lagi orang yang banyak guna tenaga dan banyak berfikir juga. Jangan pelik tidur berdengkur sampai jiran sebelah dengar. kalau emosi terganggu, badan pun letih juga. Banyak sebab selain penyakit yang menyebabkan bada letih. Tak semestinya badan letih berpunca daripada penyakit. Kena kenalpasti betul-betul ya. 

Kesimpulannya, seletih apa pun kita, jangan letih cari redha Allah swt ya. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
BILA BADAN LETIH AKAN MEMPENGARUHI YANG LAIN  

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam terjah blog ini..baru kembali lagi..Alhamdulillah..terpilih jadi antara hits bloglist di laman Etyza ya

    BalasPadam
  2. tak nafikan semua tu..sakit dan lemah anggota..penat bila banyak kerja dilakukan..

    BalasPadam
  3. DR antara orang yang tak suka tidur, tapi, kadang2 dek kerana terlalu letih tertidur juga walau tak nak sebenarnya.

    BalasPadam
  4. terasa letih maknanya badan menuntut kerehatannya

    BalasPadam
  5. Betul tu kak. Kadang penat tu mudah marah. Dan bekerja menggunakan otak pun lebih penat dari fizikal. Bila penat, itu tanda tanda badan kena rehat secukupnya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama