Hakikat Secebis Naluri

HAKIKAT SECEBIS NALURIبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. Assalammualaikum wbt. SEJAUH MANA ATAU SEKUAT MANA MAHU MENAFI DAN MENEPIS dalam diri kita manusia ada satu titik di mana ianya sangat tidak boleh dibuang kerana ianya pakej yang Allah SWT sertakan sedari kita lahir lagi. NALURI.

Naluri

Tabiat yang menjadi pembawaan, dorongan hati yang menggerakan seseorang untuk berbuat sesuatu. Gerak hati, rasa, rasa-rasa, perasaan, dorongan hati, gesaan hati, firasat, garisah, intuisi.
Naluri ini unik. Adakala sangat sukar tikawal. Langsung tidak boleh ditegah pun juga. Baik oleh diri sendiri atau orang lain. Seoalh kalis nasihat dan ingatan atau amaran. paling yang berbahaya bila kalis amaran dan azab Allah SWT. Tidak menjadi masalah kalau mengikut dorongan naluri bila ianya sealiran dengan apa yang dibenarkan Allah SWT. Menempah padah bila menurut naluri yang bertentangan seperti apa yang Tuhan sudah sangat jelas melarang.

Ini naluri aku. Ikut naluri itu bahagia. Ini apa yang aku inginkan maka aku lakukan. Naluri yang dikuasai dan dikawal oleh iman atau naluri yang dikuasai oleh nafsu. Ada dua cabangnya juga. Sekali lagi PC tegaskan naluri ini sangat sukar dikawal. Tidak semua orang mampu mengawalnya dengan baik. Tidak masalah pada naluri yang baik, tapi percayalah menjadi masalah bila menurut naluri yang salah.

Ingin dan tidak ingin. Bila sudah dapat apa yang diingini belum tentu mencapai rasa kebahagiaan dan kepuasan. Boleh jagi hati dan fikiran dibelenggu dengan rasa yang sangat sukar diungkapkan dengan kata-kata. Puasnya, gembiranya tidak sepenuhnya dikecapi. Kerana  bila apa yang dituruti itu berdasarkan naluri namun menyimpang daripada fitrah, jauh di sudut hati yang paling dalam dan mendasar ada rasa sesuatu yang Tuhan jentik. Tidak ingin dan tidak melakukan hal yang salah sendang naluri sangat mahu melakukannya belum tentu juga merana yang dirasakan. Ini boleh menjadi penyelamat atau benteng juga.

Hakikat secebis naluri kata mudahnya adalah sangat sukar dinafikan cuma mudah diselindungi.

Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Hakikat Secebis Naluri


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Naluri hati kadang- kadang susah untuk diramal, ada masa perlu diturutkan...adakala rasa memeritkan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kak.. kadang membinasakan kadang memberi banyak kebaikkan..

      Padam
  2. Setuju, naluri sukar dikawal. Kadang betul, kadang tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga Allah beri kita naluri yang tepat untuk lakukan sesuatu pekara.

      Padam
  3. Pandulah hati ..semoga hati bersih sentiasa. aamiin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama