MANFAATKAN PELUANG DAN WAKTU BERSAMA-SAMA

MANFAATKAN PELUANG DAN WAKTU BERSAMA-SAMA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Hujung minggu bertandang lagi. Di mana kita sekarang. Ada yang masih di kampung. Atau sedang bergerak pulang ke kampung. Tidak pun berada di satu destinasi indah bersama-sama ahli keluarga. Alhamdulillah. Kesempatan yang ada gunakan sebaiknya tapi jangan lalai untuk terus menjaga dan berjaga-jaga. Untuk diri sendiri, keluarga  dan negara. Semuanya saling berkait satu sama lain. Semuanya akan berasa kesannya juga.

Ada orang boleh cepat bergegas balik bertemu keluarga. Ada orang terpaksa bertangguh-tangguh dengan sebab yang tidak dapat dihindari. Bersyukurlah bagi sesiapa yang sudah berpelung bertemu dan melepaskan rasa rindu dengan ibu bapa dan keluarga ya. Jadi, kenalah sama-sama jaga supaya orang yang belum berpeluang balik kampung atau bercuti ke mana-mana sama-sama dapat merasai nikmat yang sama juga. 

Peluang memang ada. Telah diberi kebenaran pun untuk semua. Kecuali yang tiba-tiba dikesan tidak memenuhi syarat kemudian tidak dibenarkan meneruskan perjalanan. Kalau pun berjaya melepasi perjalanan dan sampai ke destinasi, bersyukurlah tetapi ingat, sedangkan yang sudah lengkap dos vaksinnya pun masih berisiko apatah lagi sebaliknya. 

Peluang selalu ada. Cuma beza kita ada rezeki atau tidak dengan peluang itu. Kalau ada rezeki peluang, manfaatkan. Ada waktu dapat bersama-sama dengan ibu bapa ke, adik beradik atau saudara mara, isilah sebaik-baiknya. Dengan siapa pun kita bertemu hati-hati dan jaga diri. Santuni selayaknya. Jangan berlebihan. Dan sederhana itu indah. Usia kita tidak tahu setakat mana. Boleh jadi kita pergi dulu. Boleh jadi orang lain pergi dulu pula. 

Sekarang semuanya menjadi sangat-sangat berharga. Hargailah. Manfaatkan tapi jangan gunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
MANFAATKAN PELUANG DAN WAKTU BERSAMA-SAMA 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Alhamdulillah..hargai masa dan peluang yang ada spend masa bersama-sama :)

    BalasPadam
  2. Orang kata peluang hanya datang sekali... uncle ragu-ragu...

    BalasPadam
  3. jgn ambik kesempatan je
    semua rancang blk kg sb rinduuu kan. lama. x dpt. balik
    yg mampu manfaatkan. utk. bercuti
    masing2 berbeza ikut tugasan
    cam cik nur sek. nk buka. akan. kembali sibuk nk cuti pun x boleh dah.
    takpelah bg peluang org lain dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Mana yang dah boleh balik terus jaga sop. Begitu juga yang baru nak balik, terus patuhi sop.

      Padam
  4. Perlu patuhi SOP
    Angka jangkitan C19masih tinggi

    BalasPadam
  5. Salam ziarah..hargailah insan yang dekat dengan kita dan doakan teman atau yang jauh..pasti rasa bahagia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Setuju. Antara sedekah yang orang terlupa adalah mendoakan.

      Padam
  6. Lama tak singgah sini.. Hi kak PC.. sorry lama tak menjenguk kat sini.. bz sangat skrg tak sempat dah nak blogwalking cam dulu..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama