Jangan Biar Tumpul Cepat-cepat Diasah

JANGAN BIAR TUMPUL CEPAT-CEPAT DIASAHبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Rasanya macam dulu mudah ingat. Bila mudah ingat makan boleh menghafal dan fahami dengan cepat. Iri hati tengok anak-anak kecil lancar lisannya membaca dan tajam daya ingatannya mengingat dan menghafal. Ditambah sekarang PdPR, banyak kerja sekolah dan keperluan hafalan perlu dirakaman kemudian ditunjukkan kepada guru masing-masing. Maka meriah jugalah distatus-status media sosial apatah lagi dikumpulan-kumpulan media sosial dikongsikan juga task yang sudah berjaya diselesaikan. Seronok tengok. Ada yang lucu juga. 

Benarlah anak kecil itu sangat bersih hati dan fikirannya. Seperti suatu masa yang pernah PC dan kita semua lalui. Kita pernah menjadi anak kecil seperti itu. Kalau disush baca, kemudian ingat da hafal tidak perlu ambil masa yang panjang atau terlalu lama. Kadang dengar dua tiga kali sahaja sudah boleh ingat dan hafalkan. Namun semuanya masih belum terlambat. Boleh lagi. Boleh.

Seiring waktu kita dihambat banyak urusan duniawi yang terkadang melelahkan tubuh dan fikiran. Ditimbunkan dengan bermacam beban perasaan juga. Itu belum ditambah lagi dengan hal-hal lagha yang sengaja dan tidak sengaja dilakukan oleh PC la terpaling utamanya. Maka tidak mustahil apa yang dulu kita pelajari, ingat dan hafal sedikit demi sedikit terhakis perlahan-lahan. Allahu. 

Percayalah ada perubahan pada diri yang kita boleh sedari. Ada. Macam PC sendiri pun ada hal yang sangat PC sedari dan sedang belajar serta mula perbaiki. nak macam dulu-dulu agak mustahillah. Selalu berbisik dan ingatkan pada diri sendiri, ''kau dah sedar diri, apa yang dah tumpul kena cepat-cepat diasah semula''. Mungkin banyak perkara baik yang dulu kita buat sekarang dah tak buat atau kurang buat. Atau bayak perkara baik yang dulu mudah nak buat sekarang macam berkarat dah.

Bila sudar sedar, mulakan semula. Cepar-cepat. Jangan ada rasa terlambat atau dah tak perlu. Jangan ada rasa macam tu. Kalau memang perlu mula semula dari awal, maka mulakanlah kerana Allah swt ya.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Jangan Biar Tumpul Cepat-cepat Diasah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Asalam..pembelajaran ini bagaikan seumur hidup..selagi ada hati nak belajar pasti ada saja ilmu baru dalam sedar atau tidak..antara kita ingat dan lupa...InshaAllah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama