RASA RINDU YANG SELALU BERTAMBAH DAN MENYATU

RASA RINDU YANG SELALU BERTAMBAH DAN MENYATU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Susah nak jumpa. Telefon dan sembang. Bila boleh dan sudah berjumpa sembang lagi dan lagi seperti tidak temui penghujungnya. Ada macam-macam kisah yang diceritakan. Macam-macam. Lucu ada. Sedih ada. Geram dan marah pun ada. Kita kan manusia. Cuma kadang-kadang berubah watak macam hulk. Bukan mak ko hijau je. Anak ko hijau pun boleh jadi. 

Lama tak jumpa macam kumpul segenap rasa. Rasa rindu. Rasa sedih. Semua lengkap. Bila dah jumpa rasa rindu yang selalu ada tidak berkurang tetapi selalu bertambah dan semakin menyatu. Lantaran kerana rasa sayang. Ya, sayang. Ibu bapa, adik beradik dan saudara mara. Semakin berusia rasa mahu semakin mendekat dengan keluarga kerana lingkungakan kawan-kawan sudah semakin kecil dan sedikit. Kecil sangat. Sedikit sangat. 

Berada jauh di mana sekalipun terpisah dek jarak dan waktu, tidak mematikan rasa rindu. Sungguh. Baik masih hidup atau telah kembali kepada PENCIPTA. Cuma cara berhubung sahaja yang berbeza. Kalau rasa rindu dan sayang semakin kurang, cepat semak diri sendiri. Cari di mana silap dan kurangnya. Perbaiki segera. Cepat-cepat sebelum hati itu mati.

Rasa rindu yang selalu bertambah dan menyatu. Tetap sahaja perlu tahu ke mana hala tujunya itu. Kalau dengan ibu bapa, adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan yang tidak berkelauan toksid boleh-boleh sahaja TETAPI tidak pada hal yang bukan-bukan hingga menjerumuskan diri pada perkara yang tidak baik.

Satu hal lagi, kalau rasa rindu pada Allah swt yang ada tipis, juga perlu dirawat hati itu dengan kadar paling segera. Tolong ya. Kalau rindu pada sesama makhluk boleh membuak-buak.. melinpah ruah, mengapa tidak ada rasa yang sama pada yang memberi rasa itu. Macam tak wajarkan. Fikirkan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
RASA RINDU YANG SELALU BERTAMBAH DAN MENYATU

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Dah dapat berjumpa dapatlah mengubat rindu

    BalasPadam
  2. Rindu nak travel macam dulu...tapi border blom buka...

    BalasPadam
  3. Tahniah antara 10 hits blog di laman Etuza ,tahniah ya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama