JANGAN JEMU TERUS MENGINGATKAN

JANGAN JEMU TERUS MENGINGATKAN |  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Masing-masing masih bersemangat. Bersemangat menikmati kebenaran merentas negeri dan mungkin merentas negara juga barangkalikan. Alhamdulillah. Kesempatan orang tidak sama. Ada yang awal-awal sudah bergerak merentas negeri. Ada yang ambil masa kerana tuntutan kerja dan sebagainya. 

Masalah setiap orang tak sama. Jadi jangan bila dah sedia maklum boleh rentas negeri, saudara mara pertikai bila anak-anak, anak saudara, saudara mara bising tanya kenapa tak balik-balik. Sekali lagi kekangan setiap orang tak sama. Boleh jadi kerana kerja, kesihatan, faktor ekonomi, kenderaan dan sebagainya. SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA KITA SANGAT MAHU BALIK BERTEMU INSAN-INSAN YANG DISAYANGI DAN AMAT DIRINDUI. Belajarlah memahami situasi orang lain. Mana tahu esok-esok kita sendiri laluikan.. tak gitu. Kita pun mengharapkan orang faham kita ketika itu.

JANGAN JEMU TERUS MENGINGATKAN

Seronok-seronok juga. Tak salah pun. Menikmati nikmat itu tidak salah. Bersyukur. Alhamdulillah. Bagi PC ok je. Tak jadi masalah pun. Cuma, jangan lupa ada yang mesti kita jaga dan perhatikan malahan mesti dilakukan dengan lebih baik lagi berbanding semasa PKP dilaksakan. 

Patuhi SOP yang ditetapkan. Pakai facemask. Suntikan vaksin COVID-19. Hand sanitizer. Banyak lagi sebenarnya. Bab ni atau bahagian ni, sesiapa sahaja jangan jemu untuk terus mengingatkan satu sama lain. Ibu bapa kepada anak-anak. Anak-anak kepada ibu bapa. Adik-beradik. Jiran tetangga. Kawan-kawan. Sesiapa pun itu. Saling ingatkan untuk kebaikkan bersama. Tak salah dan tak rugi pun ingatkan.

Niat kerana Allah swt. Bila nak tegur atau nasihat kerana Allah in sya Allah tak ada rasa diri dah cukup bagus. Caranya kena betul. Jangan hentam je pulak. Kalau tegur dan ingatkan marah-marah tak mustahil ada yang kena jerkah semula nanti. Tak berbaloi. Hujung-hujung sakit hati kan.

Kita belum bebas sepenuhnya daripada virus Covid-19. Ingat ya.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
JANGAN JEMU TERUS MENGINGATKAN 




Sekian
Tinta perdu Cinta ❤
JANGAN JEMU TERUS MENGINGATKAN 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Tetap ikut SOP..ini vaksin yang terbaik masa ini..

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana sama-sama saling mengingatkan. Semoga Allah melindungi kita semua dengan sebaik-baiknya.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah saling prihatin n memahami

    BalasPadam
  4. Memang wajar saling mengingatkan. Sebab kalau kena PKP lagi kena tanggung sama-sama jugak

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama