NEGERI JOHOR BERALIH KE FASA TIGA WHATSAPP GROUP PUN PANAS

NEGERI JOHOR BERALIH KE FASA TIGA WHATSAPP GROUP PUN PANAS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah. Bila daripada fasa dua beralih ke fasa tiga tentu sekali membawa sinar dan wajah pun berubah ceria serta kemerah-merahan dipipi gitu. Tidak lagi la muram sahaja, pucat dan tidak bermaya. Apa kena mengena muka pucat dengan muka kemerah-merahan. Tentu ada kaitannya, bila dah masuk fasa tiga lebih jauh sikit langkah walau cuma dalam satu negeri daripada daerah ke daerah. Itu pun dah nikmat woo. Boleh la jenjalan bersiap comel-comel sikit. Tepek merah-merah sikit kat pipi tu, pakai lincu kat bibir tu. Gitu. Terperuk kat rumah nak pakai bedak serbuk pun lesu. Hehehehe.

Langkah lebih jauh. Hati bertambah bimbang. Pulak. Ini yang sedang hangat dalam whatsapp group PC. Aneh bunyinnya. Ada dua kumpulan dan ada dua rasa. Satu rasa gembira dan satu lagi rasa bimbang. Yang gembira dululah ya. Ok, yang gembiranya tentu sahaja sudah boleh bergerak lebih jauh, lain daerah sudah boleh masuk ke daerah lain walau cuma sekitar Negeri Johor gitu. Rezeki, awak duduk satu negeri walau lain daerah tapi dah boleh balik kampung. Apatah lagi yang tinggal di Johor Baharu kan. Sembilan puluh peratus kaum kerabat PC menetap di daerah Johor Baharu.

NEGERI JOHOR BERALIH KE FASA TIGA WHATSAPP GROUP PUN PANAS

Maka berdendam dentumlah whatsapp group, kerana masing-masing rancang nak berjumpa dan buat makan-makan. BBQ, sate, dan macam-macam lagilah menunya. Termasuklah ada yang mencelah sebut harga ayam mahal nak mati katanaya. Dah tu BBQ ikan bilis jelah sorang seko. Lucu. Memang mantap, dah macam kemaruk semuanya dan macam tak sabar-sabar gitu, bersemangat luar biasa. Yang sedang berada di negeri lain ni mencopong jelah disebabkan merentas negeri belum lagi diperbolehkan. Ngences lagi la jawabnya. Tak apa, waktunya akan tiba. Sekarang lap ngences je dulu ni. Hahahahaha. 

Tapi, rasa bimbang tetap sahaja ada dalam diri masing-masing, bimbang kerana anak-anak sudah mula kembali ke sekolah semula seperti sediakala walau mungkin secara berperingkat. Ada yang setuju dan tidak kurang yang bersetuju tapi dalam keadaan terpaksa. Kalau dulu awal-awal PdPR tidak disetujui kerana dirasakan beban dan merumitkan keadaan tapi lama kelamaan ianya seperti sudah sebati dengan kehidupan. Tidak hairan kembali ke sekolah itu macam menimbulkan rasa lain macam pula kepada ibu bapa walaupun anak-anak telah terima vaksin.

Jadi ada satu kumpulan membincangkan rasa bimbang dihati masing-masing. Satu lagi kumpulan sibuk cari tempat yang sesuai nak dijadikan tempat berkumpul dan makan-makan. Dua-dua situasi ini tetap sahaja ada risikonya pada PC. Awak dah vaksin atau awak belum vaksin, awak dah swab test atau sebaliknya. Namun begitu, sebolehnya tetap kekalkan langkah berjaga-jaga. Apatah lagi kerap hujan, batuk dan selesema mudah menyerang juga. Usahakan yang terbaik dan buatlah mana yang dirasakan mudah dan memudahkan. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
NEGERI JOHOR BERALIH KE FASA TIGA WHATSAPP GROUP PUN PANAS

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Rindunya JB.... Uncle menghabiskan zaman sekolah rendah di sana... SK Ngee Heng sentiasa di hati

    BalasPadam
  2. Apapun.. yang penting sekarang nie kita tetap kena patuh SOP dan masing-masing kena jaga diri kan PC..

    BalasPadam
  3. seronokjuga dlm grup yg riuh sembangnya kan xlah sunyi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama