Penghulu Hari Membuka Tirai Oktober

PENGHULU HARI MEMBUKA TIRAI OKTOBERبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Syukur. Melangkah kita semua ke bulan Oktober 2021. MasyaAllah. Bulan kesepuluh. Berbaki lagi dua bulan kita berada ditahun 2021. InshaAllah. Jumaat pertama. Dihari pertama bulan Oktober. Entah, terasa lain. Setakat ini permulaan Januari juga jatuh pada hari Jumaat, diikuti hari ini permulaan bulan Oktober juga jatuh pada hari Jumaat. Januari dan Oktober. Dua bulan ini sahaja hari pertamanya jatuh pada hari Jumaat.

Penghulu Hari Membuka Tirai Oktober

Hari pertama, langkah pertama. Dimulai dengan hari yang mewah keberkatan. Buat apa sahaja kebaikkan ganjaran kebaikkan digandakan oleh Maha Kuasa. Bukankah kita semua melakukan sesuatu bermula daripada langkah pertama. Hidup selepas lahir dihari pertama. Adabuka mata pertama. Senyuman pertama dan seterusnya sehinggalah hari ini detik ini. Ada ada pertama yang lainnya pada apa sahaja permulaan baharu yang kita mulakan.

12 Rabiulawwal 1443H jatuh dibulan Oktober, bersamaan 19 Oktober 2021. Bulan ini. Ya, bulan kelahiran kekasih Allah swt. Insan yang menerima wahyu yang sehingga kini bersama-sama kita menjadi panduan dan rujukan iaitu Al Quran. Nabi yang terakhir penutup kepada para nabi dan rasul. Hari keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul). Selawat dan salam untuk mu ya Rasulullah. Rindu. Semoga selawat menjadi penghubung ummat denganmu.

Dan bulan Oktober juga bulan kelahiran babah PC. Imam pertama PC sebelum PC bergelar isteri. *Sebak*. Lelaki pertama untuk mama. Lelaki pertama untuk PC. Yang selalu bersemangat. Yang sentiasa tunjukkan dirinya sentiasa sihat walau hakikat tidak begitu. Yang tak tahu duduk diam. Kadang tidur pun boleh sebut kerja yang tak selesai lagi. Bawa ke ngigau. Susah sangat nak buka mulut minta tolong kecuali sangat-sangat terdesak. Sabar. Paling sabar. Yang selalu anggap PC tak pernah dewasa dan tua. Yang selalu anggap PC budak kecik yang selalu tunggu  babahnya balik kerja lompat-lompat sambut depan pintu. Sampai sekarang pun bila PC balik kampung, akan sentiasa babah beli dan cari jajan zaman PC kecik. 

Babah, walau ba tak baca blog Jua ni, Jua tetap nak ucap selamat ulangtahun kelahiran untuk babah. Semoga babah sentiasa dimurahkan rezeki sebagaimana air di telaga zamzam yang tidak pernah kering. Dipermudahkan urusan di dunia ini selagi berdenyut nadi dan nanti di akhirat juga. Dari dulu sampai sekarang dan selagi Jua bernafas, doa juga satu. Satu hadiah ini yang selalu Jua minta dari Allah swt untuk babah dan mamah juga. Ya Allah, di dunia ini aku tidak mampu memberi kebahagiaan kepada babah dan mamaku. Jauh sekali untuk aku membalas setiap ikhsan babah dan mamaku kepadaku, ya Allah dengar dan tunaikan permintaanku, Engkau haiahkan seindah-indahnya syurga FirdausMU kepada babah mama ku ini nanti. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Penghulu Hari Membuka Tirai Oktober

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. oktober coming
    semoga hari2 mendtg akan lebih baik buat kita semua
    salam jumaat pc

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin. in sya Allah.
      salam Jumaat indah untuk cik Nor juga sekeluarga ya.

      Padam
  2. Semoga abah PC akan sentiasa sihat walafiat. Yes. Thn 2021 tinggal tiga bln je lg. Kejap je masa berlalu pd zaman covid ni.

    BalasPadam
  3. Salam Jumaat PC...

    Salam oktober Jua...

    BalasPadam
  4. Salam Jumaat..Salam bulan baru PC :)

    BalasPadam
  5. Semoga Babah PC diberikan kebaikan dunia dan akhirat.. *sedih.. sbb Dasir hanya diberikan masa yang terhad bersama Ayah Dasir. Hanya doa jadi penghubung.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama