TIDAK BERTANYA BUKAN BERERTI TIDAK PEDULI TETAPI SEDANG MENGERTI

TIDAK BERTANYA BUKAN BERERTI TIDAK PEDULI TETAPI SEDANG MENGERTI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Situasi disekitar kita ada banyak dan macam-macam. Kita tidak mudah untuk menjangkakan sesuatu apa yang bakal terjadi. Agak-agak boleh jadi mengena boleh jadi terbabas juga. Boleh jadi tepat boleh jadi tersasar pula.

Cerita yang kita terima dan cerita yang kita sampaikan. Peristiwa yang terjadi pada orang dengan peristiwa yang berlaku pada kita. Ada dua sisi yang tidak sama. Ditunggu dan menunggu. Memberi dan menerima. Semuanya tergantung pada situasi juga. Dalam dilma itu kadang menjadi kebiasaan tapi bertahan untuk tahan dan belajar untuk faham. 

Memberi ruang, peluang dan waktu. Berlaku pada diri PC juga. Pengalaman PC pun ada, atau orang lain pun ada alami situasi yang seakan sama. Kadang tu kita tahu telah timbul permasalah, namun kita tetap berdiam diri. Lebih kuat lagi apabila hal itu sahih terjadi dah keluar daripada mulut orang itu sendirikan. Dan kita tetap diam. Kalau memberi respon pun tidak terlalu bersungguh-sungguh. Ala kadar sahaja.

Kenapa.

Tidak bertanya bukan bererti tidak peduli tetapi sedang mengerti. Faham tak. Memang ada orang sangat teruja nak tahu sesuatu hal dengan lebih dalam dan lengkap sangat. Kalau disimpan tak apa, lepas tu dicanang sana sini pun tak comel juga sikap macam tu. Ada orang cukup sudah tahu, kalau orang nak cerita lebih lanjut silakan kalau tidak pun sekadar yang dia rasa perlu diceritakan sahajalah. Terima tu sahaja.

Kalau nak bercerita, maklumkan. Kalau nak tahu minta izin. Nampak tak macam mana nak buat keadaan atau situasi diri masing-masing berada dalam keadaan yang positif sahaja. Belajarlah untuk mengerti situasi. nanti kita akan sedar bahawa tidak semua kisah orang perlu kita campuri dan begitu juga dengan orang lain.

Sekian
Tinta Perdu Cinta 
TIDAK BERTANYA BUKAN BERERTI TIDAK PEDULI TETAPI SEDANG MENGERTI 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Uish... nampak macam berat entry kali ni.... sampai 2 kali uncle baca...

    BalasPadam
  2. Salam ziarah..kembali dalam bloglist Etuza ya..sedang dalam kesan balik blog aktif..
    semoga kita dalam keadaan aman dan damai ya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama