BAYANGAN KOS HAJI MENINGKAT MAKA LEBIH GIGIH MENABUNG

BAYANGAN KOS HAJI MENINGKAT MAKA LEBIH GIGIH MENABUNG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. KOS meningkat?. Apakah?. PC ada pergi ke tabung haji. Atas beberapa urusan. Dan memang seperti dibayangkan dan dikongsikan oleh staf di tabung haji ketika itu, dia memberi tahu bahawa mungkin kos untuk menunaikan haji akan meningkat. Bila akan diumumkan mereka tidak dapat pastikan tapi kewajaran dengan situasi sekarang ianya bukan satu yang mustahil. Harga sayur pun meningkat. harga ayam yang terlebih dulu meningkat pun ada sesetengah tempat tetap sama tidak turun harganya. Tak gitu.


Bayangan kos haji meningkat maka lebih gigih menabung. Memang ada subsidi daripada pihak kerajaan kalau tak silap PC separuh daripada kos keseluruhannya tetapi kita tidak pernah dapat jangka tahun bila kita dapat menunaikan ibadah haji. Tidak salah kalau kita terus gigih menabung sebagai usaha untuk melaksankan rukun Islam kelima ini. Kalau memang rezeki kita untuk menunaikan rukun Islam kelima ini walau tak ada sesen pun simpanan dalam akaun simpanan di tabung haji, Tuhan akan aturkan dengan paling baik juga. Kalau sudah cukup pun simpanan kita, tapi bukan atau belum rezeki tidak akan kita dapat lunaskan rukun Islam kelima ini. Jelas. REZEKI.

Pendeposit biasa. Pendeposit tapi mendaftar sebagai calon jamaah haji. Terserah. Mana-mana pun boleh. Memang terkini sejak beberapa tahun kebelakangan ini dividen pada setiap kadar wang yang disimpan adalah kecil, tidak mengapalah. Esok lusa, bila tiba waktunya kita tidak pernah boleh jangka seperti apa nantinya. Paling penting dari awal kita sudah ada niat menyimpan. Menabung untuk tujuan ibadah. Satu dua bab selesaikan.

BAYANGAN KOS HAJI MENINGKAT MAKA LEBIH GIGIH MENABUNG

Sudah tidak lagi memerlukan buku akaun, boleh sahaja semak jumlah terkini dan lain-lain keperluan sewajarnya akaun melalui aplikasi yang disediakan iaitu THiJARI. Muat turun sahaja aplikasi tersebut ditelefon pintar masing-masing. Kecuali dalam mengurus hal-hal tertentu itu memang dimestikan datang terus ke tabung haji berdekatan bagi memudahkan urusan. Terus ke kaunter. Untuk kemaskini akaun pun, kita tidak boleh tolong kemaskinikan akaun orang lain walau cuma menggunakan kad pengenalan ya bagi sesiapa yang tidak ada aplikasi THiJARI. Contoh anak, mahu bantu kemaskini akaun tabung haji ibu atau bapanya, bawa ked pengenalan ibu atau bapanya, itu tidak dibenarkan sama sekali.

Rujuk : THiJARI

Mampunya orang tidak sama. Mahunya orang juga tidak boleh dipaksa-paksa. Lain orang lain pandangannya. Seperti biasa kita saling menghargai dan menghormati. Mendoakan juga. Ada lebih, simpan lebih, adanya sedikit untuk disimpan maka segitulah yang disimpan. kalau waktu itu cuma cukup-cukup sahaja, tidak mengapa. Semoga Allah swt lapangkan pintu-pintu rezeki untuk kita semua ya. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta
BAYANGAN KOS HAJI MENINGKAT MAKA LEBIH GIGIH MENABUNG 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Meningkat sebab Arab Saudi kenakan cukai sampai 15 %... haraplah kita semua sebelum meninggal,ada rezeki nak tunaikan haji

    BalasPadam
  2. berserah segalakepda-Nya beruasaha saja agar niat tertunai insya-Allah

    BalasPadam
  3. klu dah tertulis rezeki menunaikan haji, insyallah dipermudahkan kan....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama