TERIMA KASIH NOVEMBER 2021

TERIMA KASIH NOVEMBER 2021 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. CUMA SEKALI. November 2021 kita semua lalui. In sya Allah ada lagi November tetapi ditahun yang berbeza pula. Aamiin. kalau masih ada rezeki. Jika Allah swt izinkan. 

Terima kasih November 2021. Tamat sudah bulan November. Bererti berbaki 31 hari sahaja lagi ditahun 2021 ini untuk kita gunakan sebaik-baiknya. Cuma 31 hari. namun percayalah segalanya boleh berubah. Banyak perkara boleh berlaku. Yang dijangka. Yang tidak terjangka. Semuanya tidak ada yang mustahil. Kita tahu . Kita tidak tahu semuanya seperti bagai terbalikkan telapak tangan sahaja bila Allah swt mahu.

TERIMA KASIH NOVEMBER 2021

Setelah mansuh PKP, semua rakyat dibenarkan merentas negeri apatahlah daerah, keadaan sedikit berubah. Meriah di mana-mana. Seperti baharu mahu bercambah semula, kalau pokok yang baharu dipangkas tu baharu nak tumbuh tunas baharu yang lebih sihat dan cantik. Walaupun sekarang isu harga barang yang hangat diperdebatkan di mana-mana namun ianya tidak mengekang orang ramai keluar ke mana-mana dan berbelanja juga. Cuma bezanya sekarang setiap kita MESTI patuh SOP. Masih mesti tetap memakai face mask bila berada di luar rumah.

Tahniah kepada semua warganegara yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid19. Sekarang pun sudah ada yang telah mendapatkan suntikan ketiga (booster injection). Syukur. Semoga usaha kita Allah swt redhai. Yang mengilhamkan danmencipta vaksin itu Allah swt. manusia cuma perantaranya sahaja. Yang memperlakukan, yang mengkaji dan melaksanakan semampunya.

Barangkali sekarang ini ada yang sedang gigih melunaskan visi dan misi 2021 sebelum taman 31 hari berikutnya. Mengapa tidak. In sya Allah boleh. Yakin boleh. Kalau pun tidak berjaya, tidak pernah ada larangan untuk meneruskan ditahu berikutnya.

Tinta Perdu Cinta ❤
TERIMA KASIH NOVEMBER 2021 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama