Bulan Kedua Belas Hai Disember

BULAN KEDUA BELAS HAI DISEMBERبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah. Beratus hari berbaki tiga puluh satu hari termasuklah hari ini. MasyaAllah. Allahuakbar. Setahun lagi yang mewah dengan ceritanya. Selalu ada sahaja rasa berdebar-debar yang luar jangka. Kerisauan dan ketakutan. Lebih berdebar berbanding tahun sudah. Semuanya dirasakan lebih melalui hari-hari yang lepas, sekarang dan tidak mustahil akan datang.

Bulan Kedua Belas Hai Disember

Melangkah ke fasa hujung tahun, rasa bagai baru semalam sambut hari pertama di tahun baharu 2021. Kurang empat puluh hari kita bakal melangkah ke tahun baharu 2022. Ya Allah. Suka duka menjadi satu. Macam selembar tikar yang dianyam rapi dan paling indah. Rasa itu dan warna itu saling bergabung dan berkait. Menyatu erat. Paling rapat. 

Biasanya hujung tahun akan membuat peniaian prestasi sepanjang tahun. Mana yang kurang. Mana yang lebih. Apa yang mesti ditambah dan apa yang perlu dikurangi. Sama ada perlu buat azam baharu atau selesaikan azam yang masih tertunda. Eh, lain orang lain caranyakan.

Bulan kedua belas, hai Disember. Sehari ke sehari. Akan semakin menuju hari terakhirnya ditahun ini. Begitulah sifirnya. nanti kalau ada rezeki bertemu lagi Disember akan mendatang. Berbaki hari-hari dupenghujung tahun 2021 ini, tetap sahaja kita semua perlu optimis dalam melakukan sesuatu perkara baik. Jangan patah semangat. Bangkit terus. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤ 
Bulan Kedua Belas Hai Disember



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Salam disember.... dah penghujung tahun... kejap je masa kan skrg ni..

    BalasPadam
  2. awal dis menuju akhirnya sari dua ja kan

    BalasPadam
  3. semoga bulan 12 ini membawa berita2 baik

    BalasPadam
  4. Semoga disember simpati pada kita...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama