Hidup Beragam

HIDUP BERAGAMبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. Assalammualaikum wbt. Hidup penuh dengan pelbagai ragam. Setiap orang memang ada perangai yang tidak sama. Ada kesukaan masing-masing. Ada pantang larang masing-masing dan ada pendapat sendiri-sendiri. Seibu sebapa pun lazimnya berbeza-beza caranya satu dengan yang lain. Jalan paling selamat untuk tidak timbul banyak isu atau minimunkan pertelagahan adalah berlapang dada terima dan saling menghormati.

Saya senyum tidak bererti saya suka. Saya marah bukan bermakna saya benci. Saya diam tidak semestinya saya setuju. Nanti tiba masanya semua bakal menyaksikan. Pilihannya dunia atau akhirat.

Bila sebut dunia atau akhirat. Kedua-duanya akan kita tempuhi. Sekarang semasa hidup ini di dunia inilah kita. Nanti setelah kehidupan selepas kematian, ke akhirat pula kita semua untuk hisab segenapnya. Ada hal kita terima akibat, tunai di dunia. Ada pula yang kita terima nanti di akhirat, baharu bermulanya. Semua. Satu persatu.

Hidup Beragam
Gambar Hiasan

Bermulanya semua berpunca daripada kita. Diri sendiri. Memang ada takdir. Memang ada suratan tapi kebetulan itu adalah satu kebetulan yang telah Allah swt rencanakan juga. Menuding jari bersungguh-sungguh pun kadang sia-sia. Buang masa. Bazir tenaga juga bertegang urat dan belikat. Kalau hujungnya terlerai tidak mengapa juga. Bagaimana kalau tetap sahaja buntu. Buntu itu masih baik lagi, andai terputus. 

Andai terputus. Berat sangat. Bayangkan kalau silaturahim yang terputus. Bekalan makanan yang terputus. Lebih bahaya kalau rahmat Allah swt kepada kita yang terputus. Ya Allah. Inilah yang paling ditakuti. Rahmat Allah swt terputus untuk kita. Sedangkan itu yang sangat-sangat kita perlukan di dunia ini apatah lagi di akhirat nanti.

Hidup ini beragam, tapi jangan asyik meragam dan sengaja buat ragam hingga membebani orang lain. Menyusahkan orang sekeliling. Jangan sia-siakan apa yang kita ada walau sementara sahaja. Bukan kehidupan dan tidak hidup jika tidak ada likunya. Namun begitu andai ada jalan dan laluan yang tidak beragam, pilihlah jalan itu untuk kebaikkan diri sendiri dan orang lain juga. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤ 
Hidup Beragam 
       

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Gambar roller coster tu dalam maknanya....

    BalasPadam
  2. Asam ragam kehidupan ini..memang begitu..Banyak ragam

    BalasPadam
  3. betul.. tak beerti kita senyum kita sdg gembira.. trkadang ada rasa yg x mmpu diluah dgn kata2..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama