KALAU IKUTKAN RASA MARAH MEMANG SELESAI

KALAU IKUTKAN RASA MARAH MEMANG SELESAI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Marah. Suatu rasa yang tidak boleh dipisahakan dengan kita manusia. Jangan kata manusia, haiwan pun pandai marah. Tumbuhan pun tahu marah tapi dengan cara mereka yang kita tidak fahami. Bagi PC sabar itu tiada batas. Tapi kemampuan manusia untuk sabar itu ada hadnya kerana PC juga begitu. Sampai satu tahap ianya pecah menjadi marah dan amarah yang kadang luar jangka. Orang lain tengok pun tak percaya. Begitulah bila rasa marah terpancar lebih-lebih lagi sekiranya sebelum-sebelum ini memilih untuk memaafkan dan membiarkan.

Membiarkan juga terkadang disalah ertikan. Kita diam dan biarkan berharap orang lain itu faham dan tidak lagi memacu kemarahan kita. Ternyata tidak semua orang faham dan menggunakan akal untuk berfikir dengan sebaik-baiknya. Diam belum tentu suka dan setuju dengan sebarang perbuatan dan kata-kata. Ini setiap orang kena faham dan perhalusi supaya tidak senang-senang sakitkan hati orang sampai orang lain naik marah.

KALAU IKUTKAN RASA MARAH MEMANG SELESAI

Marah. Ya, kalau ikutkan rasa marah memang selesai. Lagilah bila tengah marah macam-macam boleh berlaku. Boleh diucapkan. Luas kawalan itu yang bahaya. Nak bagi hati sejuk bukan boleh main petik jari je. Ambil masa. Sangat perlukan masa. Kena tengok puncanya apa juga. 

Cuma.

Bila marah ni kita habiskan banyak tenaga. Tubuh badan. Perasaan. Fikiran. Semuanya terlibat dan terjebak. Boleh ganggu kesihatan juga. Bukan senang nak buat macam tak ada apa-apa yang terjadi ketika sedang marah atau selepas marah. Sungguh. Susah woo. Acah-acah macam tak ada apa-apa. Kuat. Semangat. Mencabar sungguh. Tapi, satu hal yang PC belajar adalah, kalau boleh semarah apa pun, lepaskan. Muntahkah. Supaya ringan perasaan dan fikiran asal tidak pada tempat yang salah dan tidak lakukan perkara yang tidak betul. DENGAN DIA.

Semarah apa pun. Segeram apa pun. Boleh marah tapi kemudian serah pada DIA kerana level kita sama. Sama-sama manusia. kita manusia, orang yang buat kita marah pun manusia. Tak guna pun kalau kita marah sungguh-sungguh atau balas cara kasar atau cara halus kerana yang rugi kita. Dan yakinlah tiada azab yang paling pedih melainkan pembalasan azab daripada Tuhan. Tidak ada nikmat yang paling nikmat selain nikmat yang dihadiahkan oleh Tuhan juga.

Kita berdoa minta Allah swt teguhkan iman dan rasa sabar dalam diri kita. Kalau ada orang buat kita marah lebih-lebih lagi dengan sengaja. Doakan dia. Serah semua kepada Allah swt juga. Sekali lagi, kita manusia, wajar ada rasa marah. Mahu marah dan pernah marah tak kisah dalam hal apa pun itu. Tapi kalau jenis panas baran itu lain lagi kisahnya ya.

Tinta Perdu Cinta ❤
KALAU IKUTKAN RASA MARAH MEMANG SELESAI

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kata orang tips bila marah..ambil air sejuk minum ..inshAllah akan reda

    BalasPadam
  2. manusia tak lari dri ada rasa marah.. smaada kita pandai untuk mengawal emosi marah atau tak je.. pegang dada masa tngah marah.. ckp Allah selalu ada dengan ku..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama