JALAN YANG LURUS. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Seperti apa berlikunya perjalanan dan takdir hidup kita, tetap sahaja kita mengharapkan petunjuk dan pertolongan daripada Allah swt untuk menunjukkan jalan yang paling lurus. Jalan yang benar, jalan yang lurus untuk kesenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak. Di dunia buat apa yang diperintahkan olehNYA dan menjauhi apa yang dilarang olehNYA. Ya kita buat sungguh-sungguh. Tapi nanti di sana ada lagi yang sangat-sangat kita harapkan tidak lain tidak bukan rahmat daripadaNYA dan syafaat daripada Nabi Muhammad saw.
Alhamdulillah, Jumaat terakhir dibulan November. Berbaki lima kali Jumaat untuk dibulan Disember nanti. Jika Allah swt izin, bertemulah kita. Jika sebaliknya mungkin sekadar ini rezeki kita. Allahu. Segalanya tiada yang mustahil boleh berlaku. Bila-bila masa sahaja, Allah swt boleh menghidupkan dan boleh juga mematikan siapa sahaja yang dikehendaki olehNYA.
Ketika mencari redha Allah tentu sahaja banyak dugaannya. Di situlah semakin tinggi dan mendalam kasih sayang Allah swt kepada kita. Kita rapuh atau terus bangkit tumbuh dengan semangat yang berkobar-kobar. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk yang membawa kita ke jalanNYA. Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Jalan Yang Lurus
Mencari redha Allah memang banyak dugaan.
BalasPadamSemoga hidup dan mati kita dalam redha-Nya.
Yeap...
BalasPadamSalam Jumaat PC