MEMANG BETULLAH PERCUMA TAPI

MEMANG BETULLAH PERCUMA TAPI |  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Petang Jumaat. Jumaat terakhir di bulan ini. November. Alhamdulillah. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Ada kawasan yang hujan lebat sekarang ni. Ada kawasan panas terik. Kawasan PC mendung. PC telefon babah mama di kampung, hujan sahaja katanya. Parit pun sentiasa penuh air sampai mencecah ke jambatan. Maka ramailah anak-anak yang main sampan-sampan. Hanyutkan daun-daun pokok bunga. Hujan lebat ke, gerimis ke apa ada hal. Nama pun budak-budak.

Bila balik kampung memang selalu berharap hujan turun. Tak apalah hujan lebat pun sebab sejuknya akan jadi berganda. Lagi-lagi kalau rumah papan. Fuh memang nikmat. Nikmat yang percuma Allah swt beri dan pinjamkan kepada kita sangat banyak. Cuma mungkin kita tak sedar akan hal itu. Jadi tidak pelik kalau ada yang berfikiran semua atas usaha dan penat lelah diri sendiri sahaja. Mungkin terlupa agaknya kau usaha sampai lebam kelopak mata kalau Allah swt tak izin tak jadi juga.

Modal itu pada perkhidmatannya. Yang ada tanda harganya. Untuk kita dapatkan khidmat tentu ada bayarannyakan tapi dalam masa yang sama Allah swt beri percuma pada kita. Kita boleh melihat, itu nikmat yang percuma, tapi bila kita rabun beli cermin mata itu kerana untuk membantu penglihatan lebih jelas. Usaha.

Memang betullah percuma. Tak tipu. Udara yang berada disekeliling kita, yang kita hirup setiap hari percuma. Kalau disuruh bayar PC tak mampu. Kelip mata percuma, kalau dihitung, dikalikan per detik dengan umur hingga kini PC juga tak mampu nak bayar. Banyak sangat yang percuma. Walau dipinjamkan sementara tapi kena ingat sepanjang hayat kita manfaatkan. Baikkan Allah. Tapi kita kena sedar diri. 

Allah swt beri percuma, kita terima percuma, kalau boleh apa yang DIA suruh kita buat. Apa yang DIA tegah kita patuh. DIA pun selalu perhatikan kita. Prihatin dengan kita juga. Balaslah. Jangan sombong. 

Tinta Perdu Cinta ❤
MEMANG BETULLAH PERCUMA TAPI


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kat Lipis pun hujan on off. air sungai pun kejap naik, kejap surut.

    BalasPadam
  2. betul,banyak nikmat yang diberi secara percuma,masa covid ni memang terasa betul dengan harga nikmat percuma semua ni

    BalasPadam
  3. Cuaca agak sejuk seminggu dua ni. Musim tengkujuh telah tiba. Nikmat cuaca sejuk tapi risau juga akan berlaku banjir, tanah runtuh dan bencana bila hujan ni.
    Syukur banyak nikmat percuma yang Allah berikan.

    BalasPadam
  4. ALHAMDULILLAH BERSYUKUR NIKMAT REZEKI-NYA

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama