Kuatkan Dan Kekuatan Dari Dalam

KUATKAN DAN KEKUATAN DARI DALAMبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. BERSATU TEGUH BERPISAH ROBOH. Semakin tinggi pokok semakin kuat goyangnya ditiup angin yang kencang. Bersama-sama berganding. Bangkit menjadi benteng. Untuk diri sendiri dan juga orang lain yang benar-benar memerlukan disekeliling.

Aku, kau, kita dan mereka. Mulakan dalam diri sendiri terlebih dahulu. Kuatkan dalaman terlebih dahulu. Kuatkan rasa sayang, bertanggungjawab, empati, cakna dan menghormati sesama. Kuatkan asas hidup bertuhan setiap hari. Ya mulakan daripada diri sendiri terlebih dahulu. Dari individu merebak kepada pasangan, keluarga dan masyarakat pula. Bila daripada individu asasnya sudah kuat, nanti bila menjadi masyarakat akan bertambah kekuatan dari dalam. Jangan buang Tuhan, contohi akhlak Nabi Muhammad SAW.

Hidup banyak cabaran. Sesiapa pun perlu berhadapan dengan carbaran. Baik cabaran dari luaran mahupun cabaran dari dalaman. Boleh sahaja terjadi orang luar selalu menyokong sedang orang dalam selalu membunuh dan menindas. Dari sudut mana sekalipun kuatkan hati untuk mencari dan mendapatkan kekuatan dari dalam.

Berdebat memepertahankan pada perkara yang benar itu tidak salah dan wajar. Perkara yang benar bagi ramai orang atau pihak ya bukan diri sendiri sahaja yang berasa ianya benar.Bukan bereti yang minoriti itu selalu salah dan yang majoriti itu selalu betul, tidak juga. Semuanya bergantung pada hal yang bagaiamana juga.

Kekuatan dari dalam yang teguh inshaAllah menjernihkan banyak kekeruhan. Meluaskan banyak laluan dan ruang yang sempit. Menyambung banyak bahagian yang hampir putus dan telah terputus juga.Memihak itu tidak salah kerana itu pilihan. Tetapi berdirilah pada pihak yang benar kerana itu satu tugas yang setiap kita mesti lakukan.

Sekian. 
Tinta perdu Cinta ❤
Kuatkan Dan Kekuatan Dari Dalam 

6 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. InshaAllah, kadang-kadang perlu kata-kata semangat begini. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Banyakkannsabar dalam banyak hal..kehidupan ini memang sebegini

    BalasPadam
  3. perlu kuat untuk diri sendiri dan orang keliling!

    BalasPadam
  4. Semoga kita semua diberi kekuatan olehNya

    BalasPadam
  5. Moga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan dalam hidup

    BalasPadam
  6. cuba atasi setiap dugaan dgn sabar insyaAllah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama