Landasan Dan Panduan Terulung

LANDASAN DAN PANDUAN TERULUNGبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Dilahirkan dalam agama Islam itu satu nikmat yang luar biasa dan nikmat yang sangat-sangat mahal. Paling berharga. Rezeki. Alhamdulillah. Bila dapat makan dan minum kita bersyukur. Bila dapat tempat tinggal yang baik dan selesa kita bersyukur. Apa sahaja yang kita mahu kita dapat kita bersyukur. Jadi nikmat Islam dan iman juga sangat-sangat mesti kita syukuri sentiasa. Jangan lupa. Salam Jumaat ketiga dibulan November untuk semua. Semoga di mana sahaja kita berada, kasih sayang Allah swt kepada kita sentiasa ada. Begitu juga kita sentiasa berusaha pupuk rasa cinta kepadaNYA dalam susah atau senang. Aamiin.

Landasan Dan Panduan Terulung

Al Quran. Kitab suci umat Islam. Wahyu daripada Allah swt diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui Malaikat Jibril. Dua puluh tiga taun bukan satu jangka waktu yang singkat. Sedikit demi sedikit Nabi Muhammad menerima wahyu sehinggalah terangkum menjadi sebuah kitab iaitu Al Quran. Menjadi jawapan kepada segala persoalan. Menjadi rujukan dan panduan kepada segenap kekeliruan dan permasalahan yang telah, sedang dan akan timbul. Benar tidak boleh dan tidak perlu diragui bagi yang beriman. Al Quran ada firman daripada Allah swt. Allahu. Untuk kita jadikan pedoman dan landasan serta benteng sepanjang hayat sehingga nanti alam ini lebur. Sehingga kiamat terjadi.

Landasan dan panduan terulung. Andai ada rasa keraguan, kegelisahan, ketakutan carilah Al Quran. Dasari dan cuba fahami satu persatu. Kalau kita tidak mampu menghafal dan memahami tidak salah kalau kita sentiasa membaca dan cuba belajar mengerti setiap maknanya ayat Al Quran itu. Apa yang paling penting kita ambil tahu, kita pelajari dan kemudian apa yang kita tahu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Allah berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)

Al Quran menjadi penawar banyak racun yang meracuni hati dan fikiran manusia. Setiap kalamulaah ada magisnya yang tersendiri mennjadi agen ketenangan. Sebagaimana jangan mencari Allah swt ketika susah sahaja begitu jugalah dengan Al Quran. jangan kenal Al Quran ketika hanya berhajatkan sesuatu sahaja.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Landasan Dan Panduan Terulung



6 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. waalaikumusssalam. terima kasih kak sharing ^_^

    BalasPadam
  2. bila dah tua ni kena banyakkan beribadah...

    BalasPadam
  3. Dah tua-tua ni tenang tu yang dicari #zikrullah sentiasa

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian. Nabi Muhamad SAW sebaik-baik idola

    BalasPadam
  5. Subahanallah..alquraan qalam Allah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama